saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 09/08/2009

Keperluan darah untuk Ramadan

DALAM suasana semasa diselubungi jerebu dan ancaman selesema babi (Influenza A H1N1), beberapa isu penting kesihatan semakin tenggelam.

Antaranya adalah perkembangan penyakit-penyakit lain seperti demam denggi dan keracunan makanan, mahupun isu seperti pendermaan organ dan juga menderma darah.

Tahun ini, Ramadan 1430 bakal disambut dengan topeng muka akibat jerebu dan H1N1. Namun masalah sama tetap berulang setiap bulan puasa di hospital-hospital negara ini.

Ketibaan Ramadan membawa bersama kekurangan bekalan darah akibat ramai umat Islam yang berhenti (sementara) menderma darah.

Bekalan kecemasan

Dianggarkan sekitar 70 peratus penderma darah terdiri daripada umat Islam pelbagai kaum. Setiap penderma boleh menderma sekali setiap tiga bulan dengan setiap pain darah dapat diasingkan mengikut komponen tertentu untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan akan kehadiran 1 Ramadan cuma tinggal dua minggu. ketika ini, ramai yang mula mengejar puasa ganti untuk yang tertinggal tahun lalu.

Malangnya, aktiviti 'puasa awal' ini juga mungkin menyumbang kepada menurunnya aktiviti menderma darah lebih awal, sebelum Ramadan bermula.

Sememangnya masalah bekalan darah sesuatu yang berterusan sepanjang tahun, dengan jumlah penderma yang belum mencapai sasaran keperluan.

Namun, masalah ini makin meruncing di bulan puasa akibat ramai yang berasa 'tidak cukup kuat' untuk menderma sambil berpuasa.

Keperluan bekalan darah kecemasan akan memuncak bila menghampiri hari-hari akhir Ramadan apabila umat Islam (dan yang bukan Islam) mula berangkat pulang ke kampung.

Bilangan kes kemalangan jalan raya yang tinggi bila menghampiri tanggal 1 Syawal memerlukan setiap hospital bersedia dengan bekalan darah yang banyak, terutamanya untuk kes-kes kemalangan yang parah.

"Selain kemalangan, bekalan darah juga diperlukan ibu bersalin, penghidap penyakit darah, pesakit yang menjalani pembedahan dan bermacam masalah kesihatan lain," tegas Koordinator Nasional Kempen Derma Darah PraRamadhan ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar2 Maktab Rendah Sains MARA, MRSM), Dr. Halim Abubakar.

Untuk memenuhi keperluan darah negara di bulan puasa, ANSARA dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) dan AEON Jusco sekali lagi menggembeling tenaga mengadakan Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009.

"Siri Kempen ini diadakan pada minggu terakhir sebelum bermulanya bulan Ramadan kerana darah yang didermakan tidak boleh bertahan melebih 42 hari sebelum ia dianggap luput (expired).

"Keperluan darah akan meningkat pada akhir bulan Ramadan apabila musim balik kampung bermula di mana banyak kemalangan jalan raya berlaku," jelas Dr. Halim.

Tambahnya, pada masa cuti sebegini, kebanyakan rakyat Malaysia sedang bercuti dan sukar untuk menderma darah.

Bekalan berterusan

Pada kempen edisi pertama tahun 2007, kempen derma darah pra-Ramadan ini berjaya dianjurkan di 13 lokasi di Semenanjung Malaysia dan berjaya mengumpul sebanyak 2,160 pain darah untuk keperluan Ramadan tahun itu.

Pada edisi kedua tahun lalu, kempen berkenaan berjaya diadakan di 27 lokasi di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Hasilnya, sebanyak 4,123 pain darah berjaya dikumpul untuk keperluan bulan Ramadan 2008.

Bagi edisi ketiga tahun ini, sebanyak 40 lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan turut serta secara serentak pada minggu terakhir sebelum bermulanya Ramadhan 2009.

Menurut Dr. Halim, Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009 akan dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusat Membeli Belah AEON Jusco Bukit Tinggi, Klang pada pukul 4 petang, 14 Ogos ini (Jumaat).

"Tidak kurang daripada 500 sukarelawan dan petugas yang terdiri dari golongan doktor, jururawat, jurutera, arkitek, akauntan, peguam, ahli korporat, usahawan, ahli-ahli niaga dan lain-lain sukarelawan di seluruh negara akan meluangkan masa untuk menjayakan kempen ini.

"Kami berharap rakyat di seluruh negara Malaysia akan bersama menjayakan kempen ini untuk keperluan semua pesakit yang memerlukan darah di bulan Ramadan, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa atau keturunan," kata Dr. Halim.

Beliau turut berkongsi ucapan terima kasih ANSARA kepada AEON Co. kerana menyediakan kesemua 17 pusat membeli belah AEON Jusco di seluruh negara secara percuma untuk kempen ini selama tiga tahun berturut-turut.

"Ribuan terima kasih juga kepada Pusat Darah Negara (PDN) kerana sokongan yang diberikan semenjak kempen ini bermula pada tahun 2007!"

Bagi umat Islam yang masih mampu dan ingin menderma, ambillah peluang kempen menderma darah ini untuk menderma dan memastikan kesinambungan bekalan darah hospital-hospital seluruh negara.

Namun, pastikan anda tidak tergolong dalam kumpulan berisiko, sama ada membahayakan penerima atau diri sendiri jika menderma darah.

Selain itu, umat Islam tetap digalakkan menderma darah di bulan Ramadan, terutamanya selepas berbuka bagi memastikan badan dan kesihatan diri tidak terjejas.

Sabda Rasulullah: Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan (riwayat Tirmizi).

Sekalipun anda tidak menyertai kempen ini, pendermaan darah juga boleh dibuat di mana-mana Hospital Kerajaan, di samping untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah bagi yang belum pernah menderma.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah dari laman web Pusat Darah Negara (PDN), www.pdn.gov.my atau dengan menghubungi talian 03-26933888.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009, sila layari laman web www.ansara.org.my; e-mel ke [email protected] atau hubungi Dr. Halim Abubakar di talian 012-6636232.

Jadual Kempen Derma Darah Pra Ramadan 2009

14 OGOS 2009 Pelancaran kempen oleh Tun Siti Hasmah Mohd Ali, AEON Jusco Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang (4 petang). C.P: Zahari (016-6058369)

10 & 11 OGOS Terminal Blok B, UiTM Kelantan (9 pagi - 4 petang). C.P: Dr. Nik Muzaiman (09-9762101)

10, 11 &12 OGOS Foyer Bengkel DIDE, UiTM Kedah (8.30 pagi - 4.30 petang). C.P: Dr Noreha (04-4562307 / 2308)

11 & 12 OGOS Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (9 pagi - 5 petang). C.P: Maznah (013-2042481)

12 OGOS

l Pelabuhan Tanjung Pelepas (10 pagi - 4.30 petang). C.P: Zakaria (019-7034588)

l Curtin University of Technology, Miri, Sarawak (8 pagi - 1 tengah hari). C.P: Shafini (017-8531394)

11, 12 &13 OGOS

l Kompleks Perdana, UiTM Pulau Pinang (9 pagi - 4 petang). C.P: Dr Meor (019-9656166)

l Ruang Legar Menara SAAS, UiTM Shah Alam (9 pagi - 4 petang). C.P: Kahirul (012-3755060)

13 OGOS

l KPTM , Kampus kejururawatan, (Kolej PINK 1) PT 4147, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan

l KPTM, Kampus Kejururawatan, (Kolej PINK 2) PT 1442, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan

(10 pagi 4 petang). C.P: Nasrif Daud (019-9553233)

14 OGOS Hospital Tuanku Fauziah, Kangar (8 pagi - 5 petang). C.P: Hatta (016-6756110)

14 & 15 OGOS

l Mayang Mall, Bayan Baru, Pulau Pinang (10 pagi - 5 petang). C.P: Ku Zaleha (04-6340200)

l Jusco Seberang Prai (10 pagi - 5 petang). C.P: Md Azhar (012-4658220)

15 OGOS

l Hospital Penawar Pasir Gudang (10 pagi - 4 petang). C.P: Norizan (016-7218830)

l Langkawi Fair, Langkawi (11 pagi - 8 petang). C.P: Zambri (017-6211078)

l Musical Corridor, Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri, Sarawak (9 pagi - 1 tengah hari). C.P: Amnoradi (019-6632707)

14, 15 & 16 OGOS

l Jusco Taman Maluri KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Nazaruddin (019-3502140)

l Jusco Cheras Selatan, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Mohd Ramzi (019-2272694)

l Jusco Alpha Angle Wangsa Maju, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Salihudin (013-3403255)

l Jusco One Utama, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Hashimuddin (012-2213115)

l Jusco Metro Prima, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Mohana Kumar (012-2786091)

l Jusco Taman Equine, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Nazri (012-6075479)

l Jusco AU2 Setiawangsa, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Hisyamudin (012-2897681)

l Jusco Tebrau City JB (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Norizan (016-7218830)

l Jusco Permas Jaya, JB, (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Azizi (012-2859318)

l Jusco Melaka (10 pagi - 8 malam). C.P: Zalina (012-2110634)

l Jusco Seremban 2 (10 pagi - 9 malam). C.P: Khaidzer (013-6189292)

l Jusco Bukit Tinggi, Klang (10 pagi - 9 malam). C.P: Zahari (016-6058369)

l Jusco Bukit Raja, Klang (10 pagi - 9 malam). C.P: Norhalim (012-6558170)

l Jusco Kinta City, Ipoh (11 pagi - 9 malam). C.P: Dzran Mohd (017-5089858)

15 & 16 OGOS

l Jusco Taman Universiti JB (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Dr Mat Alwi Z (016-7114278)

l Dewan Makan Kolej Siswi, UiTM Pahang (9 pagi - 4 petang). C.P: Pauzi (012-6271451)

l Jusco Bukit Indah JB (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Lokhman (013-7559610)

16 OGOS Hock Lee, Kuching, Sarawak (9 pagi - 12 tengah hari). C.P: Zulkipli (019-8187300)

17 OGOS Dataran Sura, UiTM Terengganu (9 pagi - 5 petang). C.P: Dr Yusri (013-3410886)

17 & 18 OGOS

l Diskusi Bangunan Perpustakaan, UiTM Melaka (9 pagi - 4 petang). C.P: Dr Sapura (012-4822040)

l Dewan Jubli UiTM, UiTM Sarawak (8 pagi - 5 petang). C.P: Dr Kamarudin (019-8592078)

18 OGOS Dewan Puncak Perdana, UiTM Puncak Perdana (9 pagi - 4 petang).

19 & 20 OGOS Seri Penawar, Unit Kesihatan, UiTM Johor (9 pagi - 4 petang). CP: Dr Mohamad Ali (013-9329897)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.