saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 09/08/2009

Saman: Gimik politik Anwar

JOHOR BAHRU 8 Ogos - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM100 juta disifatkan sebagai satu gimik politik semata-mata.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, tindakan tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan publisiti.

"Sememangnya negara mengamalkan sistem demokrasi. Siapa nak saman siapa, tiada yang menghalangnya.

"Namun, jika dilihat sudah berapa banyak saman yang dikemukakan oleh Anwar sejak dulu dan berapa banyak kesnya selesai. Ia akan mengambil masa yang lama untuk selesai. Ia lebih kepada gimik politik dia sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, beliau juga tidak memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Anwar melalui tindakan saman yang ingin dikemukakannya terhadap Timbalan Perdana Menteri.

"Pada suatu masa dia tak percaya kepada kehakiman dan dalam satu masa yang lain dia bawa kesnya kepada kehakiman," katanya.

Baru-baru ini Muhyiddin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan tersebut, Anwar menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin dan Utusan Malaysia memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Selain Utusan Malaysia, kenyataan Muhyiddin itu turut disiarkan oleh New Sunday Times dan Berita Harian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.