saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/08/2009

Sejuta penduduk China dipindahkan


BANGUNAN Hotel Chin Shuai runtuh selepas dibadai air banjir semasa Taufan Morakat melanda di Chihpen di daerah Taitung di Taiwan, semalam. - AFP/ REUTERS


BEIJING 9 Ogos – Pihak berkuasa di pantai timur laut China hari ini memindahkan hampir satu juta penduduk dari kawasan tersebut, ekoran aufan Morakot dijangkakan akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh lewat hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di wilayah pesisiran pantai Zhejiang dipindahkan, sementara 480,000 lagi turut dipindahkan di wilayah Fujian.

Lebih 35,000 kapal pula diminta untuk kembali ke pelabuhan ekoran ribut semakin hampir dan membawa hujan lebat serta angin kencang, lapor Xinhua yang memetik sumbar dari ibu pejabat kawalan banjir wilayah, Zhejiang.

Beberapa lebuh raya di rantau ini turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, menurut petikan dari sumber pihak berkuasa pengurusan lebuh raya wilayah.

Beberapa bahagian di Fujian dilaporkan mencatat jumlah hujan sebanyak 30 sentimeter daripada awal semalam sehingga pagi hari ini

Sementara itu, kerajaan Taiwan hari ini telah mengarahkan pasukan tentera untuk menyelamatkan berpuluh-puluh ribu penduduk yang terperangkap dalam banjir terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun yang telah mengorbankan seorang penduduk dan sekurang-kurangnya 29 lagi hilang.

Taufan Morakot melanda Taiwan sepanjang hujung minggu ini dengan membawa tiupan angin kencang dan hujan lebat.

Jumlah penduduk yang disenaraikan hilang dan dikhuatiri mati meningkat daripada lapan orang kepada 29 orang, lapor Agensi Bomba Kebangsaan, Taiwan.

Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk terperangkap dalam kawasan banjir di daerah Pingtung, kata timbalan majistretnya, Chung Chia-pin.

Berpuluh-puluh ribu lagi turut terperangkap di daerah Tainan dan Chiayi, memaksa pihak berkuasa menempatkan pasukan tentera.

Lebih 60 kenderaan perisai dan perahu-perahu marin serta 50 bot-bot getah ditempatkan untuk operasi menyelamat termasuk sekurang-kurangnya 1,200 anggota tentera, menurut kementerian pertahanan.

Pasukan tentera akan mengagih- agihkan makanan dan minuman kepada penduduk.

“Ini adalah banjir terburuk di Chiaya dalam tempoh 50 tahun. Kami memerlukan lebih banyak bot dan pam-pam air,” kata majistret Chen Ming-wen kepada wartawan.

Sebelum ini, taufan yang melanda pada Ogos 1959 telah membunuh 667 orang dan menyebabkan 1,000 lagi hilang. – AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.