saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 11/08/2009

Mengurangkan tekanan diri


Pengguna selesa menggunakan Osim uDesire kerana didatangkan dalam tiga dimensi yang berbeza dan mampu melancarkan aliran darah.


HIDUP yang diburu masa dan bebanan kerja bukan sahaja mengusutkan minda tetapi memberi tekanan kepada tubuh keseluruhannya. Sementara tugas rutin yang bertimbun-timbun di pejabat pula turut menyumbang kepada berlakunya tekanan.

Begitu juga, apabila terlalu tekun menyiapkan tugas, tubuh dan minda menjadi cepat letih sehingga boleh mengganggu keceriaan pada hari itu.

Selain perlukan rehat yang secukupnya, proses urutan sedikit sebanyak mampu melegakan kesakitan dan sengal pada sendi. Lelah seharian pun akan berkurangan.

Demi meminimumkan tekanan itu, ramai yang berpusu-pusu ke spa, pusat rawatan kaki mahupun kecantikan untuk memanjakan diri buat seketika.

Kini tanpa perlu membuang wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan tersebut, peneraju global produk gaya hidup sihat Osim (M) Sdn. Bhd. telah memperkenalkan mesin urut eksklusif .

Ia mampu memberi keselesaan kepada pengguna dengan membetulkan peredaran darah sekaligus mengembalikan kesegaran ke seluruh tubuh atau wajah serta mengurangkan tekanan diri.

Tidak seperti urut tradisional yang memerlukan tukang urut mahir serta menahan geli dan sakit, peralatan moden ini mampu dikendalikan sendiri di rumah pada bila-bila masa tanpa perlu ke pusat-pusat rawatan.

Ia juga boleh digunakan untuk mengurut tapak kaki dan mengurut bahagian bahu serta memberikan kesan urutan seluruh badan tanpa perlu berganjak dari kerusi.

Baru-baru ini, sekumpulan wartawan diberi peluang merasai pengalaman urutan berteknologi itu sempena memperkenalkan produk Osim uDesire itu yang bertempat di Petaling Jaya, baru-baru ini..

Dibantu oleh juruperunding Osim yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, wartawan diberi taklimat mengenai pentingnya menjaga kesihatan badan.

Penolong Pengurus pemasaran Osim, Doris Chua berkata, ramai orang mengabaikan kesihatan tubuh badan lalu meletakkan bebanan berterusan ke atas diri mereka sendiri.

''Apatah lagi ramai dari kalangan kita tidak mementingkan kesihatan dan hanya membiarkan ia berlarutan sahaja.

''Ini mengakibatkan badan menjadi sakit dan lenguh-lenguh, seterusnya memberi tekanan yang berterusan kepada diri,'' katanya.

Justeru itu, Osim uDesire diperkenalkan. Kerusi urut ini didatangkan dalam tiga dimensi urutan berbeza.

Jelasnya, dimensi ini mampu mengendurkan otot yang tegang dan mengembangkan salur darah untuk melancarkan aliran darah.

Lebih 10 jenis urutan pula disediakan berupaya melaraskan ion-ion dalam badan untuk mengembalikan keseimbangan medan magnet dalam badan dan menguatkan imunisasi selain daripada otot-otot.

''Ia termasuklah bahagian bahu, belakang badan, punggung, kaki, tangan dan lengan.

''Malah alatan ini juga dilengkapi dengan alat kawalanl jauh yang canggih untuk memudahkan kegunaan,'' ujarnya.

Tambah beliau lagi, reka bentuk yang ringkas juga mampu memberi keselesaan kepada pemilik .

''Reka bentuk ini juga sekali gus boleh menjimatkan ruang rumah yang kecil dan boleh disimpan di mana-mana tempat,'' katanya.

Ujarnya, gabungan medan magnet, sinaran infra merah dan getaran pada mesin ini memberi kesan maksimum dalam tempoh masa yang singkat.

Pengguna boleh memilih untuk melakukan urutan selama 10,15, atau 30 minit mengikut keperluan dan tahap kesihatan.

Tambahnya , selain kelebihan senaman cara mudah dan kecergasan sepanjang masa, Osim uDesire juga berkesan dalam mengelakkan masalah seperti tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, kencing manis, sengal-sengal dan kegemukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.