saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 11/08/2009

Keunikan Planetarium Melaka


PLANETARIUM Melaka menjadi satu lagi mercu tanda dan daya tarikan baru negeri Melaka selepas pembinaannya siap dan dirasmikan oleh Mohd. Ali Rustam di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini. - utusan / Gaie Uchel


MELAKA 10 Ogos - Keunikan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menjejak kaki di Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Itulah pandangan pertama setiap pengunjung yang datang menyaksikan setiap pameran kerana mereka merasakan seolah-olah berada di satu alam yang menakjubkan.

Alam yang dimaksudkan adalah dunia aeroangkasa dan astronomi yang sememangnya menjadi tarikan utama dunia pada masa kini.

Bangunan yang tersergam indah di tengah-tengah pusingan bulatan MITC mencatat sejarah kerana tidak ada lagi bangunan yang didirikan di atas bulatan jalan raya.

Planetarium Melaka yang didirikan di tapak seluas 0.7 hektar itu menelan belanja berjumlah RM20 juta menjadikan bangunan ini sebagai planetarium tercanggih di Malaysia malah terbesar di Asia.

Saiz kubahnya 15 meter berbanding sembilan meter di Al-Khawarizmi dan lain-lain pusat sains yang terdapat di seluruh Malaysia.

Jika sebelum ini, pengalaman meneroka dunia sains angkasa boleh disaksikan di Al-Khawarizmi tetapi kini pengunjung boleh meluaskan lagi pengalaman dengan merasai Teater Angkasa yang menampung kapasiti 200 tempat duduk.

Tayangan selama 40 minit ini membawa pengunjung menikmati gabungan elemen audiovisual menggunakan peralatan canggih bernilai RM5 juta sudah pasti menjanjikan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Bangunan tiga tingkat ini menjanjikan pengalaman yang penuh dengan pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa selain teater angkasa yang ditempatkan di tingkat atas.

Planetarium ini mempunyai empat seksyen, antaranya, astronomi, angkasa lepas, simulasi dan fizik.

Reka letak bahan pameran, foto yang menghiasi dinding dan susun atur beberapa objek angkasa jelas menjadikan Planetarium Melaka sebagai Science Adventure Centre ' satu lokasi yang mesti dilawati bagi memberi peluang pengunjung untuk menerokai dunia aeroangkasa.

Antara keunikan yang boleh disaksikan di sini adalah model kapal angkasa Challenger yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh Amerika Syarikat pada tahun 1983 hingga mengorbankan semua tujuh orang angkasawan.

Simulator model kapal angkasa ini hanya terdapat di Planetarium Melaka selain teleskop loyang halus tradisonal abad ke-18 serta jam matahari kuadran khatulistiwa antara bahan pameran yang terdapat di sini.

Rata-rata pengunjung yang hadir melahirkan rasa puas hati dan kagum apabila menjejak kan kaki mereka ke salah satu planetarium yang terbesar di rantau ini.

Seorang pengunjung, Mohd. Nazrin Shamsudin, 19, berkata, pengalaman meneroka dunia aeroangkasa ini sesuatu yang menarik dan tidak boleh dilepaskan.

''Sememangnya pengalaman meneroka alam ini memberi perangsang kepada pelajar khususnya mereka yang meminati bidang aeroangkasa dan astronomi.

''Saya sendiri meminati bidang ini dan sangat bangga kerana dapat menyaksikan pameran alam sains aeroangkasa di planetarium terbesar di Asia ini," kata pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UITM).

Menurutnya lagi, Planetarium Melaka ini memberi nafas yang baru dalam memperkenalkan dunia aeroangkasa selain menjadikan tempat ini sebagai pusat latihan aeroangkasa (aerospace training centre).

Bagi Nur Jannah Nasir, 22, berkata, dia yang mendapat tahu mengenai pembukaan Planetarium Melaka ini melalui papan tanda berasa teruja sebaik sahaja melangkah kaki masuk ke tempat itu.

''Pengalaman melihat sendiri bahan-bahan pameran mengenai aeroangkasa seolah membawa saya ke satu alam yang menakjubkan.

''Saya tidak pernah terfikir untuk menyaksikan teater mengenai alam sekeliling kita terutama apabila menyaksikannya saya berasa seronok dan lahir rasa sayu melihat kejadian Tuhan yang penuh bermakna itu,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.