saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 11/08/2009

Resolusi KISMAS tingkat mutu sukan

KUALA LUMPUR - Hasil daripada resolusi yang telah diperbincangkan dalam Konvensyen Industri Sukan Malaysia (Kismas) 2009 baru-baru ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat ketetapan untuk meningkatkan mutu pengurusan sukan dan kejurulatihan di negara ini

Hal ini diakui Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi yang memberitahu pihaknya akan merangka beberapa program di peringkat tertinggi untuk memastikan hasrat itu menjadi kenyataan.

Jelasnya, tuntutan kepada aspek pengurusan sukan dan kejurulatihan amat penting sebelum mampu melangkah lebih jauh.

"Pengurusan sukan di sini lebih memfokuskan kepada cara atau urus tadbir yang cekap dan sistematik.

"Buat masa sekarang kita tidak membuat sebarang resolusi baru, kita hanya menumpukan Kismas 2009 yang melabuhkan tirai Sabtu lalu.

"Ini merupakan usaha terbaik dalam mengangkat martabat sukan negara di peringkat antarabangsa," kata Kok Chi ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau turut menyokong usaha yang telah digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dilihat sebagai transformasi baru dalam memberi imej yang lebih dinamik kepada arena sukan tanah air.

"Persidangan yang dianjurkan menjadi mekanisme terbaik buat semua pihak tidak kira, badan-badan korporat ataupun sesiapa sahaja yang mana ia perlu dilihat sebagai satu peluang untuk memajukan diri.

"Kesempatan dan ruang yang disediakan harus direbut oleh mereka kerana inisiatif yang diberikan menunjukkan betapa prihatinnya pihak kerajaan dalam menyediakan keperluan untuk kepentingan bersama," kata Kok Chi.

Tambah beliau, biarpun usaha yang dilakukan itu masih di peringkat awal, pendekatan yang dibuat haruslah diselarikan dengan komitmen yang jitu oleh semua pihak.

"Kita masih tidak terlalu lewat untuk merealisasikan hasrat itu, apa yang penting, kualiti produk yang kita mahu hasilkan.

"Ia perlu benar-benar mencapai tahap yang boleh dibanggakan selain mampu menjana pemikiran masyarakat bahawa sukan merupakan industri yang mempunyai prospek yang cerah.

"Pertemuan dan perbincangan secara terbuka di kalangan pakar-pakar dari dalam dan luar negara juga dapat melahirkan idea- idea bernas dalam kita mengatur strategik untuk penjenamaan yang bersifat global," katanya.

Kismas 2009 anjuran KBS dan Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) melaburkan tirai kelmarin melibatkan penyertaan kira-kira 500 peserta dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Penganjuran konvesyen ini adalah untuk menjana pembangunan sukan sebagai satu industri di Malaysia dengan lebih profesional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntung semua pihak yang terbabit.

Selain itu, ia juga diharap dapat menggalakkan rakyat terlibat secara aktif di dalam sukan dan rekreasi agar faedahnya dapat dirasai seluruh negara, sekaligus mendukung aspirasi 1 Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.