saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 13/08/2009

'Hospital kerajaan minta kami ke hospital swasta'

SAYA amat menyesali sikap kerajaan yang mengambil sikap sambil lewa dalam menangani masalah pandemik H1N1 di Malaysia sekarang ini.

Kalau Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan hanya sibuk mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bilangan kes dan bilangan kematian di Malaysia, rasa saya kerani bawahan pun boleh buat kerja itu.

Hari ini, saya dan isteri saya yang baru balik dari Sarawak pada hari Ahad yang lalu telah mengalami demam panas yang teruk sekali.

Hari ini kami telah pergi ke Hospital Sungai Buluh untuk cuba melakukan ujian terhadap kesihatan kami kerana terasa demam kami kali ini adalah teruk dari biasa.

Malangnya apabila kami ke hospital berkenaan, kami telah dimaklumkan bahawa Hospital Sungai Buluh tidak menerima dan merawat pesakit luar apatah lagi menjalankan ujian saringan untuk H1N1.

Kami telah disuruh untuk ke Poliklinik Kesihatan Kampung Melayu dekat hospital berkenaan, tetapi setelah ke sana kami telah dimaklumkan oleh salah seorang jururawat dan notis di pintu pendaftaran bahawa klinik tersebut juga tidak melakukan ujian saringan untuk kes-kes influenza.

Kami diberitahu untuk ke mana-mana hospital atau klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Maka kami pun terus ke Damansara Specialist Centre untuk mendapatkan rawatan. Tetapi pada mulanya kami diberitahu hanya hospital kerajaan sahaja yang merawat kes-kes seperti kami.

Hanya setelah kami maklumkan pihak Hospital Sungai Buluh menyuruh kami ke hospital swasta, maka ujian darah dan nasal swab dilakukan ke atas kami berdua.

Ujian terhadap diri saya didapati negatif. Walau bagaimana pun, ujian ke atas isteri saya menunjukkan beliau mengidap sejenis strain influenza positif influenza A dan telah dinasihati untuk ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut.

Kami difahamkan, pihak kerajaan TIDAK MAHU melakukan ujian saringan ke atas pesakit yang mengesyaki mereka menghidap selesema kerana kos untuk ujian berkenaan adalah lebih kurang RM800.

Apakah itu nilai nyawa seorang rakyat yang diletakkan oleh pihak Kementerian Kesihatan?

Kalau saringan untuk 24 juta rakyat dilakukan pun, ia akan menelan belanja sebanyak RM1.92 bilion. Apakah itu terlalu tinggi untuk menjaga nyawa rakyat sendiri?

Rasa saya dengan 'menghalau' pesakit ke hospital swasta, kemungkinan Kementerian Kesihatan ingin menjimatkan duit kerajaan.

Persoalannya, apakah akan terjadi kepada pesakit yang tidak berkemampuan atau sudah terlewat mendapatkan rawatan kerana tidak mampu atau tidak diambil peduli apabila ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Semasa kami hendak ke Sarawak dan kembali dari Sarawak tempoh hari melalui LCCT, tiada apa-apa pun usaha dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam memeriksa penumpang yang pergi dan balik melalui penerbangan di sana.

Fikirkanlah, kerana kelemahan-kelemahan inilah angka kematian di Malaysia kerana influenza H1N1 ini telah naik dengan mendadak sejak kebelakangan ini.

RAJA MUNIR SHAH

Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.