saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 14/08/2009

Wenger pertaruh Rosicky, Silva

LONDON - Selepas bersetuju dengan penghijrahan nama-nama besar, Arsene Wenger berharap kehadiran Tomas Rosicky dan Eduardo da Silva yang pulih daripada kecederaan akan menjadi pembimbing kepada pemain muda Arsenal sekali gus berjaya memenangi piala musim ini.

Keinginan penyokong untuk melihat Wenger menamatkan penghijrahan pemain berprofil tinggi dengan mendapatkan pemain dengan nilai yang mahal tidak kesampaian apabila pemain pertahanan, Kolo Toure dan penyerang, Emmanuel Adebayor berhijrah ke Manchester City.

Bagaimanapun, pengurus berbangsa Perancis itu hanya mendapatkan pertahanan tengah dari Ajax Amsterdam, Thomas Vermaelen dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pemain tengah Republik Czech, Rosicky dan penyerang Croatia, Eduardo yang dilihat sebagai pemain baru apabila tidak beraksi semusim akibat kecederaan.

Rosicky tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan urat pelipat lutut menakala Eduardo pula mengalami kecederaan pangkal paha selepas patah kaki pada Februari 2008.

Berjaya mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas membuktikan pemain mudanya berbakat tetapi berada di tangga keempat Liga Perdana England (EPL) menunjukkan masalah konsisten menjadi penghalang.

Rosicky kembali beraksi di sisi ketua pasukan, Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Andrei Arshavin seterusnya meningkatkan lagi kreativiti di bahagian tengah dan membantu membuka peluang kepada pasangan penyerang, Eduardo dan Robin van Persie.

"Saya tidak lihat apa sebabnya kami patut berasa takut, saya hanya melihat potensi yang dimiliki kami di bahagian serangan.

"Sudah tentu kami tahu kami perlu melakukan yang terbaik, kami mempunyai kemampuan untuk melakukannya, kami melihat dari sudut positif," kata Rosicky dalam laman web kelabnya, (www.arsenal.com). - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.