saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 15/08/2009

1,100 pelajar SMK Sungai Tong solat hajat elak H1N1


pelajar dan guru SMK Sungai Tong, Setiu mendirikan solat hajat minta dihindari wabak selesema babi di pekarangan sekolah itu semalam.


SETIU 14 Ogos - Seramai 1,100 pelajar termasuk guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong di sini mengadakan solat hajat memohon Tuhan agar diselamatkan daripada menjadi mangsa selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Difahamkan, 10 pelajar dan dua guru sekolah tersebut disyaki dijangkiti virus itu sejak minggu lalu.

Solat hajat yang diadakan secara berjamaah semalam itu dipercayai yang pertama dilakukan oleh pihak sekolah di negeri ini setakat ini.

Pengetua SMK Sungai Tong, Mustapa Abd. Razak berkata, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan menunaikan solat hajat pada kira-kira pukul 8.10 pagi sebagai 'menolak bala' di samping langkah pencegahan dari menular di kalangan pelajar lain.

Menurutnya, solat hajat itu diadakan di pekarangan sekolah berkenaan yang disertai semua pelajar lelaki dan perempuan sekolah tersebut.

''Solat hajat berjemaah itu telah diimamkan oleh Mustafa Ismail," katanya di sini semalam.

Sejurus selesai solat hajat itu, Mustapa turut menyampaikan taklimat kepada para pelajar mengenai bahaya penyakit itu dan cara mengatasi virus H1N1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.