saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 15/08/2009

Yayasan Perak edar 10,000 penutup mulut

IPOH 14 Ogos - Yayasan Perak mengedarkan 10,000 penutup mulut dan hidung secara percuma kepada penduduk di Kampung Manjoi, dekat sini bagi mencegah penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Pengerusinya, Datuk Mohamad Nazri Ismail berkata, 10,000 lagi penutup mulut dan hidung akan diedarkan minggu depan untuk tujuan yang sama.

"Ini hanya merupakan peringkat awal dan kami merancang untuk mengadakan lebih banyak program seumpama ini untuk membantu orang ramai.

"Kita juga akan meninjau keadaan semasa wabak H1N1 dan bersedia menghulurkan bantuan di kawasan lain di Perak bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kempen kesedaran wabak H1N1 di Kampung Manjoi yang turut dihadiri Ketua Unit kawalan Penyakit Berjangkit JKNP, Dr. Asiah Ayob.

Kempen kesedaran dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) itu disertai kira-kira 500 penduduk Kampung Manjoi dan kawasan sekitar.

Mohamad Nazri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, kempen itu bertujuan memastikan orang ramai tidak mengambil ringan mengenai bahaya penyakit berkenaan yang kini semakin serius.

"Sudah ada kes kematian akibat wabak ini di Perak. Jadi kita tidak boleh mengambil mudah dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama menangani masalah ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.