saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/08/2009

Pilih Kasih menjadi milik siapa

Selepas 10 minggu bersiaran dan satu persatu peserta tersingkir, akhirnya pada malam ini rancangan realiti Pilih Kasih terbitan bersama Suhan Movies dan RTM menemui noktahnya.

Daripada 20 peserta yang mengambil bahagian hanya 11 peserta akan memperjudikan bakat masing-masing sebelum trofi kemenangan itu diserahkan kepada mereka.

Kejayaan Pilih Kasih yang dikatakan mengatasi program Anak Wayang terbitan Astro membuktikan kemampuan Rosyam selaku penerbit rancangan itu.

Pada awalnya Rosyam seperti tidak yakin untuk menerbitkan sebuah rancangan realiti kerana kebiasaannya program sedemikian diterbitkan oleh stesen televisyen sendiri.

Tetapi buat pertama kalinya RTM memberi kepercayaan kepada syarikat swasta iaitu Suhan Movies untuk membuktikan kesungguhan itu.

Dan pada malam ini selepas kira-kira 11 minggu ke udara, Pilih Kasih memberi peluang kepada orang ramai untuk memilih siapakah yang layak digelar pemenang.

Format penyertaan memperuntukan 50 peratus undian berdasarkan kepada pilihan peminat menerusi SMS sementara 50 peratus lagi terletak kepada bidang kuasa Rosyam Noor untuk menentukan siapakah pemenangnya.

Pilih Kasih memberi penekanan terhadap kemampuan seni lakon yang dilatih oleh pengarah drama Erma Fatima, Along Kamaluddin dan guru seni seperti Rosminah Tahir, Rohani Yusof dan Amie Maziah.

Sepanjang 11 minggu para peserta diuji kebolehan mereka untuk beraksi pelbagai watak sebelum layak dipilih sehingga ke peringkat final.

Bertempat di Auditorium RTM Senawang, Negeri Sembilan, siaran berkenaan akan disiarkan menerusi RTM2 pada pukul 8.30 malam.

Kata Rosyam, pemilihan pemenang tidak bersandarkan kepada kualiti semata-mata tetapi penekanan turut diberikan kepada budi bahasa, perangai dan sikap peserta.

Ia adalah elemen penting bagi mempersiapkan peserta tersebut sebelum bergelar pelakon yang benar-benar berkualiti ataupun dalam kata lain yang layak dipilih menjadi pelakon utama filem Kekasih terbitan Suhan Movies nanti.

Sepuluh peserta pada malam ini akan memperlihatkan bakat luar biasa melibatkan lima lelaki dan lima perempuan.

Peserta lelaki terdiri daripada Iqbal Mazlan, 20, Indera Hafiz, 25, Diwan Nawi, 19, Sofian Bujang, 24, dan Reza Hasbi, 20.

Manakala peserta perempuan pula ialah Zulin Aziz, 20, Nabila Dally, 18, Bea Rameshan, 21, Wanina Zaki, 21, dan Fiona Benard, 21.

Berdasarkan kepada SMS setakat ini menyaksikan Reza Hasbi yang berasal dari Perak memperoleh undian tertinggi.

Tetapi ia tidak bermakna peserta itu akan dipilih sebagai juara sekiranya bakat sebenarnya tidak menonjol untuk bergelar seorang pelakon.

Ini kerana Rosyam mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menentukan siapakah pelakon yang benar-benar berkualiti berdasarkan kepada pengamatannya.

Sepanjang Pilih Kasih berlangsung tiga peserta iaitu Iqbal Mazlan, Diwan Nawi dan Wanina Zaki dilihat mempunyai ciri-ciri dan kesungguhan sebagai pelakon.

Dan ada yang berkata salah satu daripada tiga nama tersebut berkemungkinan akan membawa pulang kejayaan berupa sebuah kereta Naza Suria, Wang Tunai RM10,000, trofi dan pakej pelancongan.

Siapakah kasih yang dipilih oleh Rosyam untuk filemnya itu nanti?

Adakah pemilihan pemenang pada malam ini adil berdasarkan kepada peratusan 50-50 yang diperkenalkan? Kita saksikan sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.