saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/08/2009

Wabak H1N1, bonus masuk 22 Ogos, pilihan raya kecil 25 Ogos

HARI ini bermulalah secara rasmi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Inilah pilihan raya kecil (PRK) ketiga di kawasan Parlimen Permatang Pauh selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Kali pertama, seluruh pengundi di Permatang Pauh membuang undi bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, diikuti PRK DUN Penanti. Kini giliran DUN Permatang Pasir. Maka sekali lagi Permatang Pauh menjadi tumpuan. Semoga kempen kali ini berjalan lancar, penuh kesopanan yang sebenar lebih-lebih lagi beberapa hari terakhir kempen, umat Islam termasuk di kawasan itu akan mendapat bonus sebulan. Bukan bonus wang ringgit tetapi bonus Ramadan. Beberapa hari menjelang hari pengundian, umat Islam akan mendapat bonus Ramadan yang dijangka pada 22 Ogos. Ramadan bulan penuh keberkatan. Ganjaran pahala berlipat kali ganda pada bulan ini. Jangan kerana terlalu ghairah berkempen, terlupa ibadat pada Ramadan kerana Ramadan bukan datang selalu tetapi PRK mungkin ada lagi. Anggaplah Ramadan ini sebagai Ramadan terakhir buat kita, sementara PRK pula rasa-rasanya akan ada lagi selepas ini sama ada disebabkan ketentuan Tuhan atau pun wakil rakyat yang ada sengaja letak jawatan.

Apa pun selamat bertanding kepada saudara Rohaizat Othman dan Salleh Man. Bagi Rohaizat, anak muda dari Mengkuang Titi yang juga Penasihat Undang-Undang Syariah, ini adalah penampilan pertama beliau dalam pilihan raya. Adakah Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh ini mampu mengembalikan kerusi Permatang Pasir ke pangkuan BN? Bagi Salleh, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, ini bukan kali pertama bertanding. Sudah beberapa kali beliau mencuba pada pilihan raya umum iaitu di Sungai Dua (1986, 1990, 2008), di Permatang Berangan (1995) dan Pinang Tunggal (2004). Beliau cuma ‘berehat’ pada 1999, mungkin ketika itu tidak cukup kerusi disebabkan kehadiran Parti Keadilan Nasional. Bagaimanapun semua cubaan Salleh gagal. Apakah beliau mempunyai peluang pada kali ini? Jawapannya terletak kepada pengundi-pengundi Permatang Pasir. Mereka lebih berhak menentukannya pada 25 Ogos nanti.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.