saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/08/2009

Mangsa rogol mula tunjuk reaksi positif

KOTA BHARU 16 Ogos - Remaja berusia 15 tahun yang dirogol bapa tirinya sebelum ditikam dan disimbah asid di sebuah ladang di Felda Aring Enam, Gua Musang, 9 Ogos lalu, kini beransur pulih.

Ibu mangsa yang enggan dikenali ketika dihubungi hari ini berkata, anaknya masih belum boleh bercakap tetapi telah mampu memegang erat tangannya setiap kali berasa sakit.

"Tiada apa yang boleh saya lakukan kecuali berada di sisinya setiap saat. Saya tidak kisah walaupun terpaksa makan dan tidur di wad demi anak," ujarnya.

Menurutnya, anaknya itu yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berada dalam keadaan baik.

Katanya, luka pada kesan tikaman di perut anak sulungnya itu juga sudah mula sembuh dan kini menunggu untuk pembedahan bagi membaiki kesan lecur.

"Doktor memberi masa dua minggu lagi untuk melakukan pembedahan itu. Buat masa ini saya hanya menghabiskan masa di hospital ini saja dan kadangkala ada adik-beradik, guru dan rakan anak datang melawat," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang bapa bertindak kejam memperkosa dan menikam anak tirinya sebelum menyimbah asid kepada mangsa kerana bimbang perbuatan tersebut terbongkar.

Suspek yang berusia 58 tahun itu bagaimanapun ditemui mati setelah dipercayai bertindak membunuh diri dengan meminum asid selepas kejadian tersebut disedari oleh sekumpulan penduduk kampung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.