saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 18/08/2009

Hamper Izan bukan saja cantik malah sedap


NORRIZAN Alias bersama koleksi hamper yang memenuhi segenap ruang bilik khas di premisnya.


MELIHAT sendiri pelbagai jenis dan bentuk bekas hamper yang tersimpan di dalam salah sebuah sebuah bilik di premis Norrizan Bakers membuatkan penulis terkesima seketika.

Bukan calang-calang hamper yang disediakan untuk pelanggan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini.

Pemiliknya, Norrizan Alias, 48, mencari idea baru untuk pembungkusan hamper terbaik sebagai buah tangan menjelang musim perayaan.

Menurut wanita yang lebih mesra dengan dipanggil Kak Izan ini, setiap tahun beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan para pembantunya untuk menghasilkan hamper yang cantik serta kek dan biskut yang sedap.

"Gabungan idea mereka (pembantu) dan idea Kak Izan sendiri amat penting dalam pembuatan kek dan biskut untuk memenuhi isi kandungan hamper yang disediakan," jelas Norrizan yang ditemui di premisnya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor , baru baru ini.

Norrizan yang banyak mendapat tempahan daripada pihak korporat juga amat teliti dengan pemilihan hamper yang dibuat.

Justeru beliau memilih bentuk hamper yang unik, praktikal bagi memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kehendak.

"Daripada pengalaman sebelum ini saya melihat golongan korporat menggemari hamper raya yang berbentuk masjid. Saya menambah bunga dan sebagainya pada hamper ini untuk menaikkan serinya," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Hamper Norrizan juga menarik kerana ia menggabungkan makanan dan minuman yang istimewa, pasti membangkitkan rasa teruja kepada si penerima.

"Bukan itu saja, penghasilan kek dan biskut yang diletakkan di dalam hamper juga istimewa dan biskut moden menjadi pilihan," ujar wanita ceria ini. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.