saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 18/08/2009

Orang Ulu lancar akademi sape


MENTERI Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memetik sape semasa pelancaran Akademi Sape yang pertama di Miri, baru-baru ini.


MIRI 17 Ogos - Kelunakan petikan muzik sape yang mendayu-dayu mampu menyentuh perasaan mereka yang mendengarnya. Alunan muziknya begitu mengasyikkan dan mempesonakan apatah lagi jika ia dimainkan ketika suasana malam yang hening.

Ini menyebabkan muzik tradisional sape kini semakin diminati oleh peminat muzik etnik dalam dan luar negara.

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa muzik yang diperkenalkan oleh masyarakat Orang Ulu ini pernah berkumandang di luar negara seperti Perancis, Itali, Jerman, Jepun dan Hong Kong.

Malah pemain muzik sape yang pernah membuat persembahan memberitahu, ramai daripada peminat menitiskan air mata apabila mendengar petikan sape.

Antara pemain sape yang terkenal dari Hulu Baram ialah Mathew Ngau Jau dari Long Semiyang, Albert Ding Emang dari Long Bemang dan Ngau Emang dari Long Bedian.

Alat muzik tradisional sape merupakan sejenis alat muzik bertali yang menyerupai gitar. Ia dihasilkan daripada kayu jelutong dan keruing kerana ketahanan dan bunyinya yang nyaring.

Bagi menambah lagi keunikan dan seni persembahan alat muzik sape, bahagian kepalanya akan dihiasi dengan ukiran tradisional Orang Ulu seperti kepala burung kenyalang.

Alat muzik sape boleh dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.

Pernahkan anda mengetahui mengenai kisah kewujudan muzik sape? Muzik ini dikatakan dipelajari oleh seorang lelaki kaum Kenyah, Anyie Selong yang mendiami Apo Kayan, Hulu Baram ratusan tahun lampau.

Pada suatu hari dia bermimpi melihat seseorang sedang bermain muzik sape yang kedengaran begitu merdu dan indah.

Dalam mimpinya, orang itu menasihatkan Anyie supaya membuat dan bermain muzik sape dengan menambah bunyi dan kemerduan muziknya.

Setelah sedar dari tidur, Anyie melakukan apa yang telah dipesan, maka bermulalah seni persembahan dan penggunaan muzik sape dalam kehidupan Orang Ulu sejak itu.

Kini muzik sape memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai alat untuk menghibur dan mengiringi tarian, malah menjadi wadah penyatu masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Ia menjadi tanda kejayaan masyarakat Orang Ulu dalam mengetengahkan budaya dan muzik tradisional mereka ke persada dunia.

Namun, keindahan dan keunikan muzik sape pasti akan lesap ditelan zaman jika usaha untuk melindunginya tidak dimulakan dari sekarang.

Pelancaran Akademi Sape Sarawak yang pertama dan satu-satunya di negara ini baru-baru ini merupakan usaha Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (Forum) dalam memartabatkan muzik warisan itu.

Presidennya, Lihan Jok berkata, idea penubuhan akademi itu telah diimpi-impikan oleh seluruh masyarakat Orang Ulu sejak sekian lama.

''Kejayaan penubuhan akademi ini adalah hasil kerjasama dan komitmen Forum yang terdiri daripada barisan pemimpin masyarakat, ketua masyarakat dan ketua kaum.

''Mereka telah bekerjasama, bersepakat dan bekerja penuh komitmen untuk memastikan Akademi Sape Sarawak menjadi kenyataan," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini

Katanya, masyarakat Orang Ulu sudah lama memikirkan cara terbaik untuk mempromosi, membangun dan memelihara warisan seni muzik tradisional sape yang cukup terbilang.

''Cabaran untuk menubuhkan akademi ini dikemukakan oleh kerajaan negeri semasa penganjuran Pesta Sape Borneo sempena Regata Baram Antarabangsa di Marudi tahun lepas.

''Seperti pucuk dicita ulam mendatang, berita ini disambut dengan penuh gembira oleh seluruh masyarakat Orang Ulu.

''Melalui Forum, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk merealisasikan cabaran dan impian murni ini, maka lahirlah akademi ini," katanya.

Bagi pemain sape generasi muda, Alina Lipang Ose, 20, bermain sape mempunyai kepuasan tersendiri yang sukar digambarkan dengan perkataan.

''Pada mulanya agak sukar mengendalikan alat muzik ini, tambahan saya sudah biasa bermain gitar. Namun, lama kelamaan saya jatuh cinta dengan muzik sape yang begitu menyenangkan," katanya yang mempelajari sape sejak lima tahun lalu di bawah bimbingan Mathew.

Gadis keturunan Kelabit dan Inggeris itu mempunyai kumpulan sendiri iaitu Kan' id dan pernah mengadakan persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kampung Budaya Kuching tahun lepas.

Ngau Jau berkata, pengalaman mengadakan persembahan di seluruh dunia membuktikan muzik sape diterima dengan baik tanpa mengira sempadan negara.

''Ramai penonton begitu teruja bahkan ada yang menangis mendengar petikan sape yang begitu menyentuh perasaan," katanya.

Selain memenuhi undangan, Mathew kini giat melatih generasi baru bagi memastikan muzik tradisional itu terus berkembang dan mekar di kalangan anak-anak muda.

Dengan penubuhan akademi ini yang matlamatnya melahirkan pemain muzik tradisional yang berkebolehan di samping melatih bakat-bakat baru dalam seni persembahan muzik tradisional sape, seni itu diharap terus berkembang.

Buat permulaan, 15 hingga 30 pemuzik akan dilatih oleh seorang jurulatih sape yang dilantik oleh kerajaan melalui Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU).

Borang kemasukan ke akademi yang kini beroperasi di sini boleh didapati di Pejabat KPSU, ibu pejabat Forum dan beberapa lokasi yang akan ditentukan kelak oleh Jawatankuasa Kerja Akademi Sape Sarawak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.