saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 18/08/2009

Hentak kepala isteri dengan bata

JEMPOL 17 Ogos - Seorang suami yang dipercayai mabuk bertindak kejam menghentak kepala isterinya dengan bata selepas bertengkar di rumah mereka di Rompin dekat sini malam tadi.

Tidak cukup dengan itu, suami terbabit turut bertindak di luar kawalan apabila mencederakan isterinya yang berusia 32 tahun dengan sebilah pisau.

Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, mangsa yang mengalami kecederaan pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Suami mangsa tidak bekerja dan hanya hidup dengan wang pendapatan isterinya yang bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan," kata beliau di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sabri, kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana suami mangsa pernah melakukan perbuatan yang sama tahun lalu dan telah dikenakan hukuman penjara selama beberapa bulan.

Beliau memberitahu, mengikut laporan, mangsa mendakwa dipukul dengan bata di kepala dan mendakwa suaminya turut meletakkan pisau di leher sehingga mencederakannya.

"Polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu pergi ke rumah pasangan berkenaan dan mendapati lelaki terbabit sudah menghilangkan diri.

"Kita masih mengesan suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan," jelas beliau.

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin beberapa tahun lalu dan mempunyai lima orang anak.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, polis daerah ini telah bertindak ke atas sebuah pusat hiburan karaoke yang beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan di Jalan Kiara.

"Kita telah memberi amaran beberapa kali kepada pemilik premis berkenaan. Polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun untuk siasatan selain merampas beberapa peralatan hiburan," tegas beliau.

Menurut Mohd. Sabri, terdapat lebih 10 pusat hiburan dan karaoke di daerah ini, tetapi kesemuanya mematuhi syarat operasi iaitu sehingga pukul 1 pagi.

"Saya nasihatkan pemilik premis hiburan supaya mematuhi operasi dan polis akan bertindak tegas jika terdapat aduan," tegas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.