saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2009

Polis Kelantan disuntik vaksin H1N1

KOTA BHARU 18 Ogos - Semua pegawai dan anggota polis Kelantan mula menerima suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada terus menular ke negeri ini.

Suntikan vaksin itu diberikan kepada anggota dan pegawai polis yang sering berdepan dengan orang ramai.

Sehingga hari ini, belum terdapat pegawai atau anggota polis yang dijangkiti wabak itu di negeri ini berikutan langkah awal yang diambil oleh polis kontinjen negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebagai permulaan, semua anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan menerima suntikan vaksin berkenaan.

"Kita akan perluaskan suntikan vaksin H1N1 ke seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terutama mereka yang bertugas di luar termasuk mereka yang menjalankan tugas rondaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Buku Citarasa Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di IPK Kelantan di sini hari ini.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh isteri beliau selaku Pengerusi Perkep, Datin Ramlah Mahmod. Turut hadir, semua pengerusi Perkep seluruh Kelantan dan ketua-ketua polis daerah.

Pada majlis berkenaan, Ramlah turut menyampaikan sumbangan kepada 61 kanak-kanak istimewa.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, menjelang musim perayaan ini, polis akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dari negara jiran dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.