saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 19/08/2009

Apa agenda Malaysian Insider?

SAYA adalah antara jutaan penduduk Malaysia yang gemar melayari Internet untuk membaca laman-laman web dan blog yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kebelakangan ini.

Saya melayari blog-blog dan laman web tanpa mengira ia berpihak kepada kerajaan atau pembangkang. Bagi saya, apa yang mustahak ialah dapat membaca buah fikiran pengendali, penulis dan mereka yang memberi komen dalam blog atau laman- laman web berkenaan.

Ramai yang memberi komen bernas dan membina sama ada di dalam blog atau web pembangkang dan kerajaan. Dalam masa yang sama, ramai juga yang memberi komen tidak bertanggungjawab dan bersifat melampau.

Salah satu laman web yang selalu saya kunjungi ialah The Malaysian Insider, namun bukan bermakna saya meminati laman ini.

Saya perhatikan, apa yang dimuatkan di dalam Malaysian Insider itu merupakan rencana-rencana yang dipetik daripada pelbagai akhbar arus perdana. Antara artikel yang sering dipetik ialah daripada akhbar Utusan Malaysia.

Hampir setiap hari ada sahaja rencana baru dipetik dan dimuatkan di dalam laman web itu. Ia akan diiringi dengan komen-komen pengunjung yang berupa penyokong pembangkang.

Saya katakan mereka sebagai propembangkang ialah kerana kesemua atau 100 peratus daripada komen yang dimasukkan ke dalam laman web itu berbentuk hentaman, kritikan, kutukan dan pelbagai lagi.

Ada ketikanya saya langsung tidak boleh menerima ayat-ayat dan nada bahasa yang digunakan di dalam setiap komen tersebut.

Ia bukan sahaja berbunyi kasar tetapi tidak langsung sesuai dikeluarkan oleh mereka yang rata-rata mengaku terlalu Islamik.

Bahasa kesat dan begitu buruk diterima pakai di dalam Malaysian Insider ini dan ia seperti menjadi identiti kepada laman web ini.

Saya cuba menghantar komen berbentuk terbuka dan adil. Tetapi apabila saya membuka kembali keesokannya, komen saya tidak disiarkan. Saya cuba lagi dan lagi namun saya tetap hampa kerana Malaysian Insider tidak berminat menyiarkan komen yang tidak berat sebelah seperti itu.

Rupa-rupanya pengalaman itu bukan dihadapi oleh saya seorang. Rakan-rakan saya juga pernah mencuba tetapi mereka juga tidak dilayan. Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa pengendali Malaysian Insider membuka laman itu dengan niat untuk menghentam kerajaan dan media arus perdana yang menyokong kerajaan.

Maka komen yang disiarkan di dalamnya juga perlulah seperti itu. Jika ada yang memuji atau bersikap terbuka atau adil, komen mereka akan diketepikan.

Ia agak aneh, terutama bagi kalangan yang mengaku mereka terbuka dan mendesak kritikan mereka didengari.

Rupa-rupanya hanya suara hati mereka sahaja yang mahu didengari tetapi pengendali Malaysian Insider tidak bersedia untuk menerima kritikan. Ia hanya beroperasi untuk menghentam sesiapa yang mengkritik pakatan pembangkang.

Maka kerana itulah ia akan memetik bulat-bulat rencana yang mengkritik pembangkang dan kemudian membukanya kepada komen pembaca. Namun syarat utama ialah mesti menghantar komen yang menghentam atau memaki-hamun penulis rencana terbabit. Ia akan disiarkan.

Saya hairan di mana kredibiliti Malaysian Insider? Jika mereka mendakwa wartawan yang menulis sesuatu rencana itu sebagai tidak beretika (kerana mengkritik pembangkang) di mana pula etika laman web itu sendiri?

Kepada akhbar-akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia, apakah tindakan anda semua? Adakah perbuatan Malaysian Insider itu tidak melanggar undang-undang hak cipta? Bolehkah rencana anda dipetik sewenang-wenangnya?

Bagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada wartawan- wartawan yang berani menyatakan pendirian dan kritikan menerusi rencana anda semua.

Sekurang-kurangnya anda semua tidak bersikap bacul dan pengecut. Anda menulis dan menyatakan nama sebenar anda.

Bukan seperti pengendali Malaysian Insider yang bersembunyi di sebalik laman web.

Begitu juga pengunjung yang memberi komen dengan berlindung dengan nama samaran untuk menyalak. Mereka gemar baling batu kemudian sembunyi tangan. Kepada Utusan Malaysia, teruskan perjuangan anda.

RASHID ISMAIL

Kajang, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.