saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/08/2009

Lagu khas mengenang jasa Dr. Mahathir


Dr.Mahathir Mohamad diserbu peminat yang ingin meminta tanda tangan beliau selepas memberikan ucapan sempena acara penutup Seminar Industry Insight 2009 di Sime Darby Convention Center, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Ogos – Octagon Petroleum Sdn. Bhd., sebuah syarikat pembekal peralatan minyak, melancarkan sebuah lagu khas bagi mengenang jasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengarah Urusannya, Azdi Abbas berkata, tujuan utama menghasilkan lagu berjudul Tun Dr. Mahathir dan pengedaran cakera padat (CD) itu ialah bagi menyemarakkan budaya menghargai dan memuliakan pemimpin.

‘‘Sehubungan itu, penghasilan lagu dan CD ini bertepatan untuk mengiktiraf jasa dan kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang mentadbir negara selama 22 tahun,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran lagu dan CD itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.




Majlis pelancarannya disempurnakan Pengarah Pendidikan dan Latihan Mara, Abdul Rahim Hashim.

Sementara itu, penulis lirik lagu Tun Dr. Mahathir tersebut, Dr. Nasoha Saabin berkata, karyanya bertujuan meneruskan budaya penghargaan rakyat kepada Dr. Mahathir yang banyak berjasa kepada negara, bangsa dan agama itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.