saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/08/2009

PKR saran Badrul Hisham letak jawatan

KLANG 20 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyarankan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, saranan itu dibuat bagi memastikan tidak wujud masalah kepada pentadbiran pakatan pembangkang serta rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

"Jika dia (Badrul Hisham) rasa tak boleh beri khidmat (sebagai ADUN), dia patut serahkan jawatan itu.

"Namun PKR tidak minta dia meletak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis mewartakan tanah seluas 1.08 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima II di Taman Sentosa, di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan Badrul Hisham yang merupakan wakil rakyat PKR akan menyertai UMNO kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas.

Dalam pada itu, Abdul Khalid memberitahu, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Badrul Hisham menyerahkan jawatannya kerana beliau yakin pakatan pembangkang mampu untuk memenangi DUN itu sekiranya berlaku pilihan raya kecil.

"Kita (pakatan rakyat) suka dengan pilihan raya kecil kerana berdasarkan pilihan raya yang diadakan sebelum ini, rekod kita baik," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus ketika dihubungi bagi mengesahkan sama ada Badrul Hisham akan menyertai parti itu memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenainya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya benar ADUN terbabit menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO, pihaknya akan mengumumkan perkara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.