saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/08/2009

Keputusan bina kuil secara kolektif - Xavier

SHAH ALAM 21 Ogos - Cadangan membina Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 23 di sini adalah keputusan kolektif di kalangan wakil dalam Jawatankuasa Pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar berkata, ia dibuat setelah pihaknya mengambil kira beberapa perkara penting dalam siri perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk pengurusan kuil di Seksyen 19 sebelum ini.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, selain pengurusan kuil, wakil jawatankuasa yang membuat keputusan itu ialah Pejabat Tanah dan Daerah, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keagamaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen setempat.

Malah, katanya, jawatankuasa itu juga dianggotai wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya ingin jelaskan bahawa keputusan (pembinaan kuil di Seksyen 23) hasil persepakatan dan pemuafakatan dalam satu kumpulan pembuat dasar (jawatankuasa).

"Jadi bukannya saya seorang seperti dilaporkan mengenai cadangan pembinaan kuil ini. Malah, jawatankuasa ini dipengerusikan bersama tiga Exco termasuk saya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah kerajaan negeri menerima kecaman hebat penduduk kawasan Seksyen 23 termasuk NGO Islam yang membantah rancangan mengalihkan kuil berkenaan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri ketika dihubungi menyifatkan keputusan Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam itu tidak adil dan hanya melibatkan satu pihak.

Katanya, berdasarkan minit mesyuarat ditandatangani oleh ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bertarikh 7 Mei 2009 menunjukkan kedua-dua pemimpin itu meluluskan cadangan berkenaan tanpa merujuk pandangan penduduk terlebih dahulu.

Jelasnya, berdasarkan minit mesyuarat berkenaan yang dihadiri Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariaman dan wakil pengguna kuil itu, mereka bersetuju memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke tapak baru di Seksyen 23 dengan syarat.

Antara syarat ialah seluruh lot tanah kuil diwartakan sebagai milik kuil dan setengah ekar (0.2 hektar) untuk kuil manakala bakinya kawasan lapang atau tempat letak kereta.

Selain itu, syarat lain ialah kuil sedia ada di Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga hujung tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap sepenuhnya.

"Kenapa mesyuarat ini diadakan mereka (Rodziah dan Khalid) tidak libatkan kita untuk memberi pandangan. Kenapa keputusan seperti ini dibuat hanya melibatkan pengurusan dan pengguna kuil saja.

"Sepatutnya, mereka perlu juga dapatkan pandangan kita selaku penduduk kawasan ini terlebih dahulu. Inilah yang kita kesalkan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.