saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 22/08/2009

Hafsah Hashim terajui SME Corp.

KUALA LUMPUR 21 Ogos - SME Corporation Malaysia (SME Corp.) yang akan mula beroperasi pada 1 September ini akan diterajui oleh Datuk Hafsah Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran logo SME Corp turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid sebagai Pengerusi SME Corp.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, kedua-dua mereka itu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah secara analitikal, membuat keputusan tepat serta mampu membawa organisasi ke arah matlamatnya.

''Saya yakin dengan pelantikan ini dapat meneruskan kesungguhan mereka untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama dalam keadaan mencabar ini.

''Saya berharap di bawah pentadbiran baru ini, SME Corp dapat meneruskan perkara-perkara positif yang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), '' katanya.

Hadir sama di majlis itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penjenamaan semula SMIDEC kepada SME Corp dengan tujuan membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana yang kompetitif dan berdaya tahan dalam menangani krisis ekonomi.

SME Corp mempunyai peranan penting dalam memastikan perniagaan terus berjaya dalam situasi ekonomi mencabar ini.

Ia juga terlibat mengurus perubahan daripada organisasi berasaskan pembuatan kepada koordinasi program, polisi dan insentif ke atas semua sektor.

SME Corp juga memainkan peranan sebagai Agensi Pusat Koordinasi PKS.

Muhyiddin berkata, inisiatif liberalisasi berterusan dalam sektor perkhidmatan memberikan PKS akses kepada pasaran baru dan belum diteroka.

''Pendekatan strategik ini bukan sahaja membolehkan mereka menguruskan cabaran baru tetapi mengukuhkan persaingan jangka panjang serta meletakkan mereka pada kedudukan terbaik,'' katanya.

Terdahulu di majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian untuk menyewa (ATL) antara Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMIDEC) untuk pejabat barunya.

Pejabat baru itu terletak di Lot E atau akan dikenali sebagai KL Sentral Park di Kuala Lumpur Sentral.

Perjanjian tersebut telah dimeterai oleh Hafsah mewakili SMIDEC dan Ketua Pegawai Operasi MRCB, Mohamad Razeek Hussain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.