saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/08/2009

SPR kaji aspek perundangan

PUTRAJAYA 21 Ogos - ''Kerana dua hari cuti sakit tidak hadiri sidang dewan, kena (diadakan) pilihan raya kecil, alahai."

Demikian reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengenai gesaan supaya diisytiharkan kerusi Kota Siputeh, Kedah kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Datuk Abu Hasan Sarif hadir sidang DUN dua kali berturut-turut.

Mengesahkan telah menerima laporan dan tuntutan perkara itu daripada Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail, beliau memberitahu, SPR sedang mengkaji isu itu dari sudut perundangan.

''Gesaan supaya pilihan raya kecil diadakan kerana perkara ini (tidak hadir sidang) adalah pertama kali diterima SPR.

''Memang ada peruntukan mengenainya, tapi sama ada perlu dilaksanakan begitu atau sebaliknya, SPR sedang kaji sebab wakil rakyat berkenaan menyatakan dia sakit, cuma lambat hantar surat (makluman) kepada Speaker... kita pun kalau sakit, biasanya akan hantar sijil cuti sakit (MC) kemudiannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Aziz mengesahkan pihaknya turut menerima surat penjelasan daripada Abu Hasan yang mengakui menghantar surat memaklumkan ketidakhadirannya ke sidang DUN lewat sedikit.

''Beliau juga memberitahu ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid, maknanya beliau ada beritahu.

''Begitupun, SPR tidak akan terburu-buru memutuskan perkara ini (kekosongan kerusi)," katanya.

Abu Hasan yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut didapati tidak hadir dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lalu tanpa kebenaran.

Berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, kata Dr. Abdul Isa, jika mana-mana ahli wakil rakyat tidak hadir dalam dewan dengan tiada kebenaran Speaker dua kali berturut-turut, tempatnya itu hendaklah dikosongkan.

Menurut Speaker itu, artikel tersebut jelas membuktikan Abu Hasan telah melanggar peraturan tersebut dan beliau tegas tiada ruang budi bicara dalam hal ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.