saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 22/08/2009

Pelajar bina replika 1Malaysia


Sebahagian pelajar menunjukkan lukisan kolaj dan replika 1Malaysia menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 21 Ogos - Bersesuaian dengan konsep 1Malaysia, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini hari ini bersatu tenaga membina replika berbentuk nombor satu sebagai lambang perpaduan.

Replika setinggi 3.5 meter yang mewakili wajah 1Malaysia itu dibina daripada kayu dan bahan terbuang tin minuman yang dikumpul sejak awal bulan ini.

Pengetuanya, Halimah Ali berkata, pembinaan replika tersebut dijalankan oleh para pelajar tingkatan empat sewaktu tempoh pembelajaran subjek Pendidikan Siviks dan selepas waktu sekolah.

"Awal bulan lagi ada pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan mengumpul tin, memotong dan menampal. Pelajar mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkan replika tersebut.

"Jangka hayat replika itu mungkin sampai beberapa tahun kerana kayu yang didirikan itu dibalut dengan tin minuman. Replika itu boleh ditempah tapi pihak sekolah mahu pelajar yang buat agar mereka dapat menghargai semangat kemerdekaan," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Katanya, replika yang didirikan di hadapan sekolah tersebut adalah di antara satu projek para pelajar yang diselenggarakan oleh guru seni, Faridah Abdul Rahman.

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 ini juga, para pelajar, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kaki tangan sekolah turut membuat lukisan Wajah-Wajah 1 (SMK) Sultan Ismail.

Menurut Halimah, sebanyak 48 keping lukisan kolaj yang memuatkan wajah-wajah pelajar, tenaga pengajar dan kaki tangan lain dikumpulkan.

"Setiap kelas (44 buah) menyiapkan sekeping lukisan kolaj yang dipenuhi wajah-wajah pelajar dari kelas berkenaan. Begitu juga dengan lukisan kolaj guru.

"Selain itu, bagi memeriahkan Bulan Kemerdekaan, para pelajar juga berpeluang mengikuti berita berkaitan kemerdekaan dari masa ke semasa.

"Setiap hari, Ketua Panitia Sejarah, cikgu Yang Chee Wah akan mengumpul bahan-bahan tersebut yang kemudiannya dipamerkan di perpustakaan," katanya.

Sementara itu, pelajar Ali Abdul Razak, 16, adalah di antara 16 pelajar tingkatan empat yang ditugaskan membuat replika.

"Bagi saya projek sebegini dapat mengeratkan hubungan dan sekali gus menanam semangat patriotik di kalangan pelajar. Setiap kali melihat hasil kerja sendiri, pasti yang terlibat akan merasa bangga," katanya.

Bagi S.Suhanya, 16, berkata gabungan para pelajar menyiapkan replika dan lukisan kolaj membuktikan bahawa semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini amat kuat.

Katanya, Malaysia maju kerana adanya semangat perpaduan yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.