saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 23/08/2009

United belasah Wigan 5-0


WAYNE Rooney melakukan rembatan untuk gol keduanya mengatasi Wigan Athletic 5-0 pada aksi Liga Perdana England di Wigan semalam. REUTERS


LONDON Penyandang juara, Manchester United menunjukkan respons hebat daripada kekalahan mengejut 1-0 kepada Burnley Rabu lalu apabila membelasah Wigan Athletic 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana England, semalam.

Selepas bermula lembap dan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Wayne Rooney menjadi inspirasi United dengan menyumbat dua gol pada separuh masa kedua untuk memulakan pesta gol pasukan pelawat.

Bekas penyerang antarabangsa England, Michael Owen turut menjaringkan gol pertama liga bersama United, manakala Dimitar Berbatov dan Nani masing-masing menyumbangkan satu gol.

Sementara itu Arsenal terus bermula garang dalam musim baru Liga Perdana apabila mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Portsmouth, berterima kasih kepada dua jaringan Abou Diaby.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal menerajui liga selepas turut menang besar 6-1 ke atas Everton dalam perlawanan pertama, minggu lalu.

Manchester City pula mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Wolverhampton, manakala Sunderland bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Blackburn Rovers 2-1.

Dalam perlawanan lain, Hull City menumpaskan Bolton Wanderers 1-0 dan Birmingham City seri tanpa jaringan dengan Stoke City. REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.