saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/08/2009

Sherry selepas kecewa


Bagi menjawab segala desas-desus itu, Sherry membuat pengakuan berani yang mereka sebenarnya sudah putus cinta


NAMANYA mungkin baru tetapi dia sebenarnya sudah mencipta satu empayar untuk berada kukuh dalam dunia lakonan. Itupun selepas membuat keputusan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari dengan sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Sejak tiga tahun bergiat aktif untuk meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon popular lain, pemilik nama Sherry Ibrahim ini berpegang kepada satu janji. Janji dia perlu membuktikan tindakannya melepaskan kerjaya sebagai pramugari tidak mendatangkan masalah.

Manakan tidak, selama ini dia mempunyai pendapatan tetap. Membuat keputusan menjadi pelakon mempunyai bahayanya kerana kerjaya ini tidak menjamin masa depan jika tidak bersungguh-sungguh.

Puas berfikir, akhirnya dia mengambil pendekatan berani untuk mencari rezeki dalam dunia ini. Janjinya, dia perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan sebagai pelakon adalah lebih baik dari kerjaya lamanya.

Kata Sherry, mula-mula dia bimbang. Takut tak ada ruang dalam dunia seni tetapi anggapan itu meleset sama sekali apabila dalam tempoh dua tahun perjalanan dunia seninya semakin luas.

Sherry berjaya melangkah setapak demi setapak untuk meletakkan namanya menjadi bintang ternama.

Walaupun cahayanya masih belum terang bak bulan purnama namun sudah ada kemilau kejayaan itu.

“Pada mulanya memang saya takut nak berhenti daripada menjadi pramugari tetapi saya nekad juga.

“Bukan mudah nak buat keputusan melepaskan kerjaya yang selama ini memberi pulangan lumayan tetapi atas dasar minat mendalam, saya cuba juga.

“Saya berjanji untuk bekerja keras apabila membuat keputusan itu. Selepas tiga tahun baru saya nampak rezeki saya dalam bidang ini,” kata Sherry.

Memahami persaingan dalam dunia lakonan sekarang amat sengit, Sherry awal-awal lagi mengakui bidang ini sekadar sambilan. Tidak berhasrat berlakon sampai tua tetapi dia sebenarnya mahu menjadi seorang suri rumah, punyai suami yang baik dan anak-anak yang berjaya.

Sebab itulah kalau sebut soal kahwin, wanita ini berkata kalau sudah sampai jodohnya, kenapa harus berfikir panjang. Terima saja. Tapi sayang, jodoh yang diimpikan itu tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Mungkin ada tulah, selama ini setiap apa yang dirancang Sherry tidak pernah menjadi nyata. Dia tidak pernah bermimpi untuk menjadi pramugari tetapi kerjaya itulah yang membawa dia melihat dunia luar. Dia juga tidak pernah mahu untuk menjadi pelakon tetapi kerjaya itulah mendedahkannya terhadap kehidupan glamor.

“Selama ini apa yang saya rancang tak pernah menjadi kenyataan. Sebab itu saya tidak mahu rancang apa-apa. Semuanya bercanggah dengan apa yang saya fikirkan,” katanya.

Begitu juga apabila sebut soal berumahtangga, Sherry tidak mahu mengharapkan apa-apa kerana dia percaya mengenai “nasibnya” itu.

“Biarkan Aku Sendiri”

Saat hadir mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Sherry memakai rantai tertulis leave me alone (biarkan aku sendiri). Mendalam maksud tiga perkataan itu. Ia menggambarkan Sherry tidak mahu diganggu.

Ia juga membayangkan hatinya bagaikan sudah robek dek kerana impian cinta yang hancur sudah.

Ketika ditanya sejauh manakah perkembangan hubungannya dengan pelakon kacak Ashraf Muslim, 28, tanpa mahu berselindung dia berkata; “Kami sudah tiada apa-apa”.

Ramai sudah tahu Sherry dan Ashraf mempunyai hubungan cinta sejak tiga tahun lalu. Satu hubungan yang boleh dikatakan matang tetapi apakan daya, ia berakhir dengan kekecewaan.

Bagi menjawab segala desas-desus itu, Sherry membuat pengakuan berani yang mereka sebenarnya sudah putus cinta.

Kenapa perpisahan itu terjadi? Jawapannya ringkas, hanya mereka berdua sahaja yang tahu puncanya tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa.

Tetapi terus terang kata Sherry, pengakhiran hubungan itu adalah di atas persetujuan kedua belah pihak. Sama-sama yang membuat keputusan itu.

“Kami berpisah dengan rela hati. Yang penting kami tidak bermusuh,” katanya dengan linangan air mata.

Air mata itu menggambarkan Sherry sebenarnya sukar untuk menghadapi kenyataan tersebut. Sukar untuk dia mempercayai dia sudah tidak mempunyai seorang kekasih hati lagi. Tapi, seperti yang dikatakannya, manusia hanya merancang sebaliknya Tuhan itu lebih mengetahui segala-galanya.

Bukan kerana faktor orang ketiga, tetapi perpisahan itu disebabkan keadaan walaupun sebelum ini mereka pernah berjanji untuk menutup hubungan dengan ikatan yang sah.

“Saya tahu, dia (Ashraf) sedang meningkat naik. Kita kena faham situasi itu yang menyebabkan jodoh ini tidak panjang,” tambahnya.

Bukan wanita kuat

Bagaikan nak rebah tatkala berhadapan dengan kekecewaan ini. Bagaikan separuh mati apabila memikirkan cinta yang disemai tidak subur seperti yang diharapkan. Sherry mengakui dia bukan wanita yang kuat sebaliknya terlalu bersandarkan harapan kepada orang lain.

Apabila perpisahan ini terjadi, dia bagaikan hilang arah. Selama tiga tahun perhubungan itu, Sherry mengaku dia banyak bergantung dengan Ashraf dalam segala hal. Apabila lelaki itu tiada di sisinya, hampir separuh jiwanya musnah.

“Tapi saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yang banyak beri semangat. Kalau tidak memang saya tak tahu apa akan jadi dengan hidup ini.

“Yang lebih penting kita kena mendekatkan diri kepada Allah dan saya banyak berdoa agar dilimpahkan kekuatan dalam menempuh ujian ini, katanya.

Hikmah terhadap apa yang berlaku, Sherry mengakui dia sebenarnya kuat. Malah kekecewaan itu mengajarnya untuk menjadi wanita berdikari dan boleh membuat segala keputusan tanpa bergantung kepada sesiapa.

Alhamdulillah, hasilnya dia dapat mengatur hidup dengan baik. Sudah beberapa bulan hidup tanpa si kekasih Sherry menjelaskan yang dia dan Ashraf masih lagi berkawan.

Mereka masih mengutus SMS untuk mengetahui perkembangan diri tetapi tidak pernah pula berjumpa selepas cinta itu terlerai. Bukan apa, buat masa ini lebih baik begitu keadaannya. Buat apa berjumpa jika hati masih sukar untuk menerima hakikat perpisahan itu.

Yalah, bak kata orang biar luka itu sembuh, mungkin tiada apa-apa masalah jika bertentang mata.

Tumpu beribadat

Menyambut Ramadan pada tahun ini kata Sherry dia mahu mengambil peluang untuk memperbanyakkan ibadat. Pada tahun lalu Sherry terlepas melakukan solat Terawih kerana sibuk dengan penggambaran drama tetapi pada tahun ini dia tidak mahu perkara seperti itu berlaku lagi.

Sherry cuba mengehadkan aktiviti seninya kerana ingin memastikan dapat melakukan Terawih sebulan penuh.

“Banyak tawaran yang datang kepada saya di bulan puasa ni tapi saya tak ambil semua. Saya mahu rebut peluang untuk melakukan ibadat,” ujarnya yang baru habis penggambaran drama Fotokopi dan Biru Cinta Laguna

Tidak ada yang berbeza tetapi kehadiran Ramadan tahun ini sama seperti tahun lalu. Cuma pada tahun ini dia akan mempunyai lebih masa bersama keluarga ketika berbuka puasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.