saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/08/2009

Tindakan Radzhi proses pembersihan pakatan pembangkang

24/08/2009 3:48pm

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Pas menganggap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai proses pembersihan wakil rakyat yang tidak berintegriti dalam pakatan pembangkang.

Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya gembira serta tidak terkejut dengan tindakan Mohd. Radzhi keluar dari PKR kerana mendakwa wakil rakyat itu merupakan beban kepada pakatan sehingga pelbagai dakwaan dibuat terhadapnya.

Mohd Radzhi juga harus meletak jawatan sebagai ADUN Lunas kerana beliau dipilih pengundi di kawasan berkenaan yang mahukan PKR di situ mewakili suara mereka di DUN Kedah dan bukannya beliau sebagai individu, katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Permatang Pasir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd. Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Kedah mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Mohd. Radzhi dilaporkan mahu mengekalkan jawatan exco negeri kerana ia pelantikan Sultan dan beliau juga tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Dengan pengumuman Mohd Radzhi itu, Kedah kini mempunyai empat ADUN dari PKR manakala PAS 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota Exco. Barisan Nasional mempunyai 14 ADUN manakala DAP hanya mempunyai seorang ADUN.-Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.