saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/08/2009

Malaysia sedia bantu 4 banduan Malaysia di Peru

24/08/2009 4:31pm

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Malaysia akan memberikan bantuan sewajarnya kepada empat rakyat Malaysia, yang ketika ini menjalani hukuman di luar penjara Peru, pulang ke tanah air.

Menurut satu kenyataan Wisma Putra hari ini, Timbalan Menteri Luar, A.

Kohilan Pillay yang menemui mereka semasa lawatan dua harinya ke Peru sejak 11 Ogos bersimpati dengan mereka dan berjanji untuk berusaha memberikan bantuan sewajarnya.

Kenyataan itu menyebut, pertemuan itu membolehkan Kohilan memahami keadaan mereka di samping memberikan mereka kaunseling dan nasihat.

Keempat-empat rakyat Malaysia itu kini diberikan “semi libertad” atau parol, dengan menjalani baki hukuman mereka di luar penjara di Peru.

Mereka merupakan mangsa sindiket dadah antarabangsa yang memperdayakan mereka untuk menjadi keldai dadah.

Mereka pada masa ini menunggu pengampunan penuh daripada kerajaan Peru dan jika berjaya, mereka dikehendaki meninggalkan Peru menggunakan wang sendiri.

“Dalam hal ini, mereka memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Malaysia untuk membolehkan mereka pulang ke tanah air,” demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.