saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 24/08/2009

Jalan Sg. Koyan-Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS 23 Ogos - Rakyat negeri ini tidak lagi perlu ke Tapah, Perak atau Gua Musang, Kelantan untuk ke Cameron Highlands apabila projek pembinaan Jalan Sungai Koyan dekat sini ke kawasan peranginan itu siap sepenuhnya Mac tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, apabila siap, jalan sepanjang 79.1 kilometer bernilai RM806 juta itu akan menjadi laluan masuk utama negeri ini ke Cameron Highlands.

''Apabila siap nanti, rakyat Pahang tidak lagi perlu membazirkan masa mengunjungi daerah itu sama ada melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Tapah, Perak atau melalui Gua Musang, Kelantan.

''Jalan ini yang dibina menerusi empat pakej sejak 2002 bakal menjana dan memberi peluang ekonomi kepada penduduk yang tinggal di sepanjang laluan terutama kepada masyarakat Orang Asli dalam Parlimen Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau perkembangan pembinaan jalan tersebut dari Sungai Koyan sehingga Ringlet dekat sini semalam.

Tinjauan itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja sehari beliau ke daerah Cameron Highlands bagi mendengar penerangan mengenai cadangan projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai dan menyampaikan dividen Risda kepada masyarakat Orang Asli di Pos Lanai dekat sini.

Turut mengiringi beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Perumahan dan Pusat Pertumbuhan Desa negeri, Datuk Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak.

Menurut Adnan, jalan Sungai Koyan-Cameron Hihglands yang dibina menerusi empat pakej itu dapat memendekkan perjalanan sejauh 80 kilometer dari Kuantan ke Tanah Rata.

Selepas kajian disiapkan pada 1996, beliau memberitahu, pembinaan pakej pertama jalan itu dimulakan pada 1999 dari Sungai Koyan ke Pos Betau sepanjang 19 kilometer membabitkan perbelanjaan RM52 juta dan siap pada 2002.

''Pakej kedua melibatkan pembinaan jalan sepanjang 22 kilometer bermula dari Pos Betau ke Bukit Petubung dimulakan pada 2002 dan siap pada 2005 dengan kos pembinaan RM151 juta.

''Sementara itu pakej ketiga dari Bukit Tetubung ke Sungai Susu menelan belanja RM232 juta mula dibina pada 2004 dan siap pada tahun lalu melibatkan lalua 19.5 kilometer dan kos pembinaan jalan ini agak tinggi kerana membabitkan 10 buah jambatan," kata beliau.

Tambah Adnan, pakej terakhir dari Jalan Kampung Susu-Ringlet sepanjang 18.6 kilometer itu dimulakan pada 2005 dan kini telah 80 peratus siap dan hanya lapan kilometer lagi masih dalam pembinaan membabitkan kos RM173 juta.

Apabila siap nanti, katanya, ia bukan sahaja memendekkan masa perjalanan tetapi turut membuka peluang ekonomi seperti gerai makanan dan kraftangan kepada pelancong yang melalui jalan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.