saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 25/08/2009

Sarjan Lim bela diri 1 Oktober

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham atau 'Sarjan Lim' diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini membela diri atas tuduhan mencuri dua buah buku dari kedai buku MPH, lima bulan lalu.

Majistret Mohd. Faizi Che Abu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 1 Oktober ini untuk Mohd. Farid memberikan keterangan bela diri setelah dia memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Mohd. Faizi dalam keputusannya berkata, hujah berhubung kesahihan identiti buku tidak timbul kerana buku-buku tersebut dicamkan oleh saksi pendakwaan pertama dan kedua iaitu penyiasat dalaman kedai buku itu, Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18 serta penyelianya, Fadhilah Mohd. Yusuf, 38.

Menurutnya, kredibiliti Fadhilah juga tidak perlu dipertikaikan oleh pihak pembelaan kerana saksi itu tidak mempunyai motif untuk mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Mengenai rakaman keterangan penyelia yang tidak diambil oleh pegawai penyiasat, Mohd. Faizi menyifatkan perkara itu tidak menjadi masalah kerana Fadhilah telah hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan secara bersumpah.

''Foto dan gambar rajah kasar tempat kejadian juga tidak penting kerana ia cuma elemen sokongan,'' katanya.

Pelakon tersebut yang nama sebenarnya, Mohd. Farid Amirul Hisham Wu Abdullah didakwa atas tuduhan mencuri dua buah buku berharga RM194.90 di kedai buku MPH di pasar raya Mid Valley, di sini pada pukul 7.15 malam, 27 Mac lalu.

Dia yang diwakili peguam bela, Nor Azri Mohd. Arif didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.