saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 25/08/2009

Wanita maut, suami cedera

KUANTAN - 24 Ogos Seorang wanita maut manakala suaminya cedera ringan setelah kereta yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah treler di Km182.8 Lebuhraya Pantai Timur, dekat Maran, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Negeri Pahang, Supt.

Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mangsa Nurul Asrikin Nashrudin, 27, dari Peramu Jaya dekat Pekan bersama suaminya yang memandu dari arah Kuala Lumpur menuju Kuantan terbabit dengan kemalangan itu pada pukul 12.40 tengah hari.

Kereta yang dinaiki mereka kemudian telah melanggar belakang sebuah lori treler menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Treler terbabit bagaimanapun belum dikenalpasti lagi kerana tidak berhenti selepas kejadian itu, katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat, katanya. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.