saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/08/2009

Tuduhan Malaysia curi tarian Pendet nyata melulu

JAKARTA 25 Ogos - Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penerbitan klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan tarian 'Pendet', yang berasal dari Bali.

Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zain berkata, dakwaan keras oleh media massa Indonesia kononnya Malaysia telah mencuri atau mendakwa sebagai miliknya tarian Pendet itu ternyata dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa.

Amran memberitahu di sini hari ini beliau telah bertemu Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Jero Wacik bagi menjelaskan kesediaan Malaysia bekerjasama mencari punca salah faham berkaitan tarian Pendet itu.

Beberapa akhbar nasional Indonesia menyiarkan di muka depan masing-masing bukan saja tuduhan bahawa Malaysia mendakwa tarian Pendet sebagai miliknya tetapi dikaitkan juga dengan pelbagai tuduhan sebelum ini.

Akibat daripada laporan media massa yang berbaur provokasi itu, sebuah stesen TV melaporkan, sekumpulan penunjuk perasaan di Bali yang menggambarkan dalam dramatarinya Malaysia sebagai 'setan' yang menyerkup dan kemudian mendakwa tarian Pendet sebagai miliknya.

Difahamkan sebuah syarikat berpejabat di Singapura yang menerbitkan klip video 30 saat itu telah menulis surat kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, bagi menjelaskan kedudukan sebenar klip video terbitan mereka. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.