saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/08/2009

Polis kenal pasti mayat lelaki berpakaian wanita

26/08/2009 3:04pm

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis telah pun mengenal pasti identiti lelaki berpakaian menyerupai wanita yang ditemui mati terapung di kolam takungan banjir di Jalan Air Tawar, Air Panas, Setapak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, mangsa dikenali sebagai Kanan a/l Muthiah @ Suppiah, 42, beralamat terakhir di 282-B, Batu 2 1/2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan ke atas alamat terakhir mangsa, polis mendapati rumah itu kini diduduki oleh keluarga lain yang tidak mengenali mangsa.

“Kita mohon kepada keluarga mangsa atau rakan-rakan yang mengenali mangsa agar tampil membantu siasatan kita,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa, yang sebelum ini disangka wanita kerana memakai skirt berwarna ungu dan baju biru selain berambut panjang keriting, ditemui mati dalam kolam tadahan itu dengan kesan kecederaan parah di kepala dan belakang badan serta satu tikaman di perut.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.