saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 27/08/2009

895 kes H1N1 dikesan seluruh Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Sebanyak 895 kes influenza A (H1N1) dikesan di negeri ini sehingga kelmarin oleh Jabatan Kesihatan Terengganu sejak wabak itu menular ke seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, bagaimanapun tiada kes melibatkan kematian dilaporkan.

Beliau menambah Dungun mencatatkan kes jangkitan tertinggi sebanyak iaitu 180 kes, diikuti Kuala Terengganu (146), Marang (145), Hulu Terengganu (136), Setiu (133), Kemaman (99) dan Besut (56).

"Melalui hasil laporan sebanyak enam kes penularan melibatkan kes import dan selebihnya adalah melibatkan kes tempatan.

"Sehingga semalam terdapat sebanyak 28 buah sekolah dan 12 buah institut pengajian tinggi (IPT) termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara dan asrama telah ditutup," katanya semasa menjawab soalan lisan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) berhubung jumlah rakyat Terengganu yang dijangkiti H1N1 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun jumlah kes dicatatkan tinggi namun kerajaan negeri masih belum merancang untuk memberikan vaksin tersebut kepada pesakit.

Beliau memberitahu, vaksin yang diperlukan tersebut masih belum terdapat di pasaran dan keberkesanannya juga masih diragui.

"Setakat ini hanya pesakit berisiko tinggi sahaja akan diberikan pelalian ini kerana mereka mudah dijangkiti," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.