saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 27/08/2009

Hospital perlu bekalan darah

IPOH 26 Ogos - Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menghadapi masalah kekurangan bekalan darah berikutan tidak ramai yang tampil berbuat demikian pada bulan Ramadan.

Pegawai Seranta Tabung Darah HRPB, Khairul Anuar berkata, kekurangan itu paling ketara bagi tiga jenis darah iaitu 0 Positif, A Positif dan B Positif yang sentiasa mempunyai permintaan di kalangan pesakit.

"Stok bekalan darah jenis tersebut perlu ditambah dari semasa ke semasa terutama sekali untuk menampung permintaan bekalan pada waktu kecemasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairul berkata, kekurangan bekalan darah berlaku kerana masyarakat Islam yang berpuasa tidak dapat berbuat demikian pada waktu siang.

Sehubungan itu katanya, pihak hospital menyediakan kemudahan kepada orang ramai bagi membolehkan mereka menderma pada waktu malam.

''Mereka yang mahu menderma darah boleh hadir ke Unit Tabung Darah hospital pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam setiap Selasa dan Khamis mulai 1 September ini," katanya.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian 05-5222637.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.