saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 27/08/2009

Berniaga hamper Syawal lumayan


Bekas hamper cantik yang sudah pasti memikat pelanggan.


PADA masa sekarang boleh dikatakan semua orang sibuk membuat persiapan raya. Daripada ibu bapa yang membuat persiapan pakaian raya untuk anak-anak, kaum wanita yang sibuk dengan perancangan menghias rumah, pemilik butik yang sudah mula menyediakan pakaian raya untuk pelanggan dan pengusaha kuih raya yang sudah mula menerima tempahan.

Tidak ketinggalan ialah pembuat hamper yang bertungkus-lumus menyiapkan hamper jualan.

Peluang berniaga di musim raya menjanjikan pulangan dan keuntungan yang agak lumayan. Sebab itu mereka yang telah memulakannya sejak tahun-tahun lalu tetap akan meneruskan hasrat untuk berniaga pada tahun ini.

Zaida Aziz yang cukup dikenali kerana produk biskut jenama Lillies tidak mahu melepaskan peluang berniaga hamper bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidifitri tahun ini.

Asalnya berniaga biskut raya lapan tahun lalu, Zaida menambah bakat yang ada dengan membuat hamper raya sejak dua tahun lalu.

Beliau beruntung kerana biskut yang dibuat sendiri boleh diisi di dalam hamper dan tidak perlu menempah biskut daripada orang lain.

Terdapat enam jenis biskut yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan, iaitu butter cookies, crunchy coffee, almond bar, chip of chip, shell tart dan florentine.

''Butter cookies, crunchy coffee dan florentine adalah resipi lama daripada ibu saya sejak 25 tahun lalu. Mereka yang telah mencuba biskut-biskut ini pasti akan teringat-ingat.

''Selain biskut, saya juga membuat kek dan antara yang digemari ialah kek marble, kek coklat dan kek cawan mini. Kek marble saya mengikut resipi tradisional dan tidak diubah suai bagi mengekalkan keaslian rasanya. Kek marble ini merupakan kek saya yang paling laris.

"Apa yang saya tahu, ramai yang teringin semula memakan kek marble asli namun tidak tahu di mana hendak mendapatkannya,'' kata Zaida yang ditemui di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, mereka yang teringin hendak merasai biskut dan keknya boleh mendapatkannya di La Cucur, KLCC, Bangsar Village, Pasar Tani Setiawangsa setiap hari Sabtu dan Pasar Tani Danau Kota pada setiap hari Ahad.

''Biskut dan kek ini boleh dibeli bersama hamper atau dibeli secara berasingan dengan membuat tempahan atau berkunjung ke gerai saya di Ampcorp Mall. Biskut dan kek boleh didapati daripada sekarang sementara hamper daripada 14 Ogos hingga 19 September depan,'' ujar Zaida.

Mengenai konsep hamper, kata Zaida, jika pada tahun lepas beliau memilih konsep klasik namun tahun ini konsep moden klasik menjadi pilihan.

''Jika moden semua tak cantik, mesti ada klasik sikit baru hamper nampak menarik. Saya menggunakan bakul rotan, bakul dawai, bakul bertutup daripada keluli bercorak dan kotak harta karun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.