saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/08/2009

Turunkan harga antivirus

PUTRAJAYA 27 Ogos - Kementerian Kesihatan akan menemui pembekal antivirus untuk memastikan harga ubat itu diturunkan dan mampu dibeli oleh pesakit-pesakit selesema babi atau virus Influenza A (H1N1).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini, salah satu daripada empat syarikat pembekal telah bersetuju mengurangkan harga ubat itu kepada RM80 sekotak.

''Kita mahu harga untuk ubat antivirus diturunkan supaya lebih ramai pesakit dapat menggunakan ubat ini.

''Ubat antivirus yang dijual di pasaran pada ketika ini adalah agak mahal iaitu antara RM140 sehingga RM160,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui wakil-wakil doktor perubatan swasta di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan setakat ini telah membelanjakan RM20 juta untuk membeli ubat antivirus bagi tujuan rawatan pesakit H1N1.

''Kerajaan akan memastikan hospital mempunyai ubat antivirus yang mencukupi,'' katanya.

Beliau berkata, pertemuan dengan wakil doktor swasta yang diadakan pada hari ini bertujuan memastikan rawatan yang berkesan diberikan kepada semua pesakit pada kadar yang paling cepat.

''Kementerian telah memberi taklimat yang menyeluruh mengenai situasi H1N1 serta membekalkan garis panduan yang jelas mengenai prosedur rawatan.

''Kementerian Kesihatan akan mengagihkan borang kepada semua doktor swasta supaya mereka boleh melaporkan kes-kes H1N1 dan membantu kerajaan memantau situasi semasa H1N1,'' katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, WHO telah mengesahkan bahawa Malaysia mempunyai sistem pemantauan yang baik untuk mengesan para pesakit H1N1.

''Kita mempunyai sistem yang cukup baik untuk mengesan pesakit H1N1 dengan tepat, ini turut membantu kita mengambil tindakan yang sewajarnya,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.