saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 28/08/2009

Di mana penguat kuasa?


beberapa pengemis termasuk memperalatkan kanak-kanak berehat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selepas penat mengemis di sekitar kawasan itu.


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Melihat daripada susuk tubuh mereka yang sihat, pasti warga kota boleh mengagak setiap pengemis warga asing yang berkeliaran di sekitar ibu negara ‘bernaung’ di bawah sebuah organisasi haram.

Pengemis muda warga asing yang difahamkan kebanyakannya berasal daripada negara Myanmar, Pakistan dan Myanmar itu akan berlegar di sekitar ibu kota terutama tempat tumpuan orang ramai serta pelancong membeli-belah.

Modus operandi mereka ialah membawa pelekat ayat-ayat suci al-Quran atau kitab berunsur agama dan pengemis yang berusia antara tujuh sehingga 13 tahun itu akan mempamerkan muka paling kasihan untuk ‘menjual’ produk mereka.

Tujuan mereka adalah untuk menghabiskan setiap barangan mereka dan mengelakkan diri daripada dimarahi oleh ‘ketua’ yang mengawal pergerakan mereka dari jauh.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan tumpuan warga kota seperti Bukit Bintang dan Jalan Masjid India mendapati pengemis asing itu akan memulakan ‘kerja’ mereka pada pukul 4 petang sehingga melangkaui pukul 2 pagi setiap hari.

Lokasi yang menjadi kesukaan mereka menunggu mangsa ialah di luar bangunan, kedai makan atau sekadar di kaki lima premis komersial.

Mereka akan menghampiri orang ramai dengan muka ‘10 sen’ untuk menjual produk mereka dengan dalam lingkungan harga RM5 sehingga RM15 setiap satu.

Selain itu, ada juga yang tidak menjual apa-apa, sebaliknya terus meminta wang daripada orang ramai.

Sebenarnya, apa sahaja taktik yang digunakan oleh golongan itu, ia adalah taktik lama yang boleh dikesan masyarakat dengan mudah.

Ia bukan masalah baru tetapi sehingga ke hari ini ia terus berulang dan seolah-olah tiada penghujungnya.

Persoalannya ialah di manakah penguat kuasa yang sepatutnya boleh memastikan gejala tersebut dapat dibersihkan sepenuhnya di ibu negara.

Jelas, ia mencacatkan pemandangan Kuala Lumpur, sekali gus menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak berkuasa berkenaan yang dilihat tidak tegas di dalam operasi pembersihan pengemis di ibu kota.

Pekerja swasta, Razif Razak, 21, berkata, kehadiran pengemis warga asing di bawah umur boleh mencemarkan imej negara kerana mereka mungkin disangka rakyat negara ini.


SEORANG pengemis memangku anaknya semasa mengemis di Bazar Ramadan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


Katanya, pengemis-pengemis yang berusia terlalu muda itu dilihat tidak malu untuk terus mendesak orang ramai agar membeli barangan mereka.

“Saya sudah banyak kali bertemu dengan mereka. Pengemis ini akan berada di setiap gerai atau kawasan awam yang menjadi tumpuan masyarakat.

“Kita tahu mereka ‘bekerja’ untuk seseorang kerana tidak menjawab apabila ditanya mengenai asal-usul,” jelasnya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa perlu sentiasa memantau dan membuat penangkapan untuk memastikan ibu kota bersih daripada gejala pengemis asing.

“Saya pernah nampak ada penguat kuasa yang menangkap pengemis di sini, namun selang sehari selepas itu, ada kumpulan yang lain pula yang datang mengemis.

“Kalau hendak dikira tentu mereka ini bergerak dalam kumpulan yang besar. Bayangkan pendapatan harian mereka jika berjaya memungut purata RM5 dari setiap orang yang ditemui,” ujarnya.

Seorang pelajar kolej, Nabila Farhana Abd. Jalil, 19, berkata, isu pengemis asing di ibu kota mungkin tidak akan berakhir kerana isu tersebut sudah berlarutan sejak sekian lama.

Ujarnya, sikap warga kota sendiri yang ‘murah hati’ dan sanggup membeli produk atau menderma kepada golongan itu adalah punca utama masalah itu berterusan.

“Kita tengok sendiri bahawa warga kota yang memberi walaupun tahu mereka ini bekerja untuk sindiket haram.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa perlu sentiasa memantau mereka. Kalau boleh letakkan beberapa pegawai yang sentiasa memeriksa kawasan operasi pengemis itu,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Nurul Afiqah Mohd. Zubir, 22, menjelaskan, situasi itu benar-benar mencacatkan keindahan ibu kota terutama di mata pelancong asing.

“Kita tahu isu pengemis ini adalah sesuatu yang lumrah di semua negara namun ia sesuatu yang memalukan.

“Pihak berkuasa perlu segera membersihkan pengemis asing ini. Rasanya mereka ini tidak teragak-agak untuk bertindak ganas jika kita tidak menderma,’’ katanya.

Seorang ahli perniagaan, Zulkifli Ali, 47, berkata, aktiviti pengemis asing itu tidak mustahil dilenyapkan seandainya pihak berkuasa melakukan pemantauan secara serius.

“Jangan hari ini buat operasi dan kemudian senyap. Buat tangkapan selalu dan pasti pengemis berkenaan takut untuk ‘bekerja’.

“Saya tidak nampak apa-apa masalah untuk membersihkan gejala ini dari ibu kota. Kerjasama orang ramai untuk melapor kawasan tumpuan mereka juga salah satu faktor yang membantu,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.