saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 31/08/2009

FAMA kutip RM4.287 juta jualan pasar tani

KOTA KINABALU 30 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengutip sejumlah RM4.287 juta daripada hasil jualan pasar tani di seluruh Sabah bagi tempoh Januari hingga Julai pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Sharif Abdul Aziz berkata, kutipan tersebut meningkat sebanyak 18.23 peratus atau RM781,548 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

''Kita menyasarkan nilai jualan pasar tani di seluruh Sabah hingga akhir tahun ini mencapai jumlah kutipan RM10 juta dengan melibatkan kira-kira 2,000 peniaga," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Bazar Ramadan Pasar Tani Asia City yang dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Ujang Sulani.

Hadir sama, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.

Mohamed Sharif berkata, FAMA juga bercadang menambah 15 buah pasar tani baru masing-masing pada hujung tahun ini dan tahun depan sekali gus menjadikan jumlah pasar tani di Sabah kesemuanya adalah 50 buah.

Katanya, pada masa ini terdapat seramai 1,400 usahawan menggunakan pasar tani sebagai medan memasarkan produk keluaran mereka.

Beliau menambah, awal tahun ini FAMA telah membuka dua pasar baru iaitu Pasar Tani di Sipitang dan Pasar Tani Felda Sahabat, Lahad Datu.

Menurutnya, pasar tani ditubuhkan bertujuan membantu para petani memasarkan pertanian terus kepada pengguna dan sehingga kini ia telah berjaya melahirkan ramai usahawan tani termasuk di Sabah.

Sementara itu, ditanya mengenai rungutan pengguna sebahagian besar peniaga bazar Ramadan meletakkan harga mahal, Ujang Sulani berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

Jelasnya, barangan makanan tersebut juga bukan dikategorikan sebagai barang kawalan.

''Selain itu, faktor nilai tambah pada makanan tersebut menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan. Misalnya, mereka perlu memasak menggunakan bahan-bahan masakan. Ini juga adalah kos yang mereka perlu diambil kira.

''Bagaimanapun, hasil tinjauan kita dapati harga makanan masih munasabah dan setakat ini kita belum menerima aduan rasmi daripada pengguna," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.