saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 31/08/2009

Peserta Felcra Sarawak terima dividen RM12.6j

SAMARAHAN 30 Ogos - Seramai 5,113 peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) di negeri ini menerima durian runtuh apabila memperoleh agihan bayaran dividen keseluruhannya sebanyak RM12.6 juta.

Kesemua peserta terbabit menerima purata dividen RM2,448 seorang dengan kawasan Samarahan menerima dividen terbesar iaitu RM3.1 juta.

Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Mohd. Naroden Majais berkata, pembukaan ladang kelapa sawit telah menggalakkan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar menyertai program itu sekali gus meningkatkan ekonomi mereka.

Menurutnya, pengagihan dividen yang dilakukan oleh pihak Felcra Berhad kepada peserta membuktikan pelaburan mereka untuk memajukan tanah masing-masing dengan kelapa sawit tidak sia-sia.

''Pihak Felcra telah memainkan peranan penting dengan membangunkan tanah terbiar di negeri ini untuk penanaman kelapa sawit sejak 1979 dan program ini terbukti telah mengubah taraf hidup masyarakat luar bandar,'' katanya.

Beliau berucap mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Majlis Penyampaian Dividen Peserta Felcra Berhad Wilayah Sarawak Tahun 2009 di Masjid Al-Mutaqqin di sini malam semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Naroden yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Felcra diamanahkan melaksanakan pembangunan ladang di tiga buah projek Agropolitan iaitu di Batang Sadong, Batang Lupar dan Pulau Bruit dengan keluasan 6,500 hektar.

Sementara itu, Tajuddin dalam ucapannya berkata, sejak penubuhannya, Felcra berjaya mengeluarkan masyarakat luar bandar di negara ini daripada belenggu kemiskinan.

Jelasnya, usaha yang dilakukan itu menggalakkan masyarakat membangunkan tanah dengan penanaman kelapa sawit dan ia berjaya meningkatkan taraf hidup mereka.

''Justeru, kita yakin melalui usaha yang dilakukan secara berterusan Felcra akan terus memberi sinar kehidupan kepada masyarakat luar bandar," tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.