saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/09/2009

Tun Hamid Omar meninggal dunia

01/09/2009 1:25pm

KUALA LUMPUR 1 Sept - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan di sini 10 pagi ini akibat kegagalan ginjal.

Allahyarham berusia 80 tahun.

Anak sulungnya Azizuddin, 51, ketika dihubungi Bernama berkata, bapanya dimasukkan ke hospital itu 8 pagi semalam setelah mengalami demam dan selesema yang kronik.

Katanya, doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada pinggang yang menyebabkan kegagalan ginjal bapanya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Tunku di sini dan akan disembahyangkan di Masjid Damansara selepas Asar hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.