saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/09/2009

Kereta api terbalik di Segamat

JOHOR BAHRU 31 Ogos - Seramai 17 penumpang cedera termasuk lima cedera parah apabila tren Ekspres Sinaran Pagi yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir lalu terbalik berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, enam daripada sembilan gerabak tren yang membawa keseluruhan 243 penumpang itu telah tergelincir daripada landasan kira-kira 200 meter dari stesen itu.

Empat daripada enam gerabak tren yang terbalik itu membawa penumpang, manakala dua lagi merupakan gerabak kafetaria dan alat penjana kuasa elektrik.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, mereka yang cedera parah adalah lelaki dewasa iaitu dua warga tempatan dan tiga warga Singapura.

"Mereka mengalami patah bahu dan telah dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.

"Sementara itu, mereka yang mengalami kecederaan ringan juga adalah orang dewasa dan dirawat di stesen Batu Anam dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini menyatakan punca kejadian masih dalam siasatan.

Menurut kenyataan itu, empat buah bas disediakan oleh KTMB untuk membawa penumpang yang terkandas ke destinasi masing-masing.

"Kerja-kerja mengangkat gerabak yang tergelincir dan membaiki landasan sedang giat dijalankan. Dijangka ia siap sepenuhnya esok," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kejadian tersebut tidak menjejaskan operasi KTMB dan semua tren KTMB antara bandar bagi sektor selatan beroperasi seperti biasa.

Justeru, katanya, KTMB turut memohon maaf kepada semua penumpang di atas kesulitan yang dialami dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB, 03-22671200.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.