saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/09/2009

Pendidikan tinggi, Malaysia di depan


Najib Tun Razak dan Khaled Nordin (kiri) beramah-mesra dengan pemimpin pelajar IPTA pada majlis berbuka puasa di Sri Satria Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 31 Ogos - Malaysia adalah negara membangun paling berjaya memberi peluang kepada rakyatnya memperoleh pendidikan tinggi yang meliputi 39 peratus kohort pelajar berusia antara 17 hingga 23 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pelajar tempatan turut menikmati pendidikan berkualiti dengan kos paling minimum hanya lima peratus.

Kata beliau, apa yang diingini kerajaan ketika ini adalah mahu memastikan universiti-universiti terus membangun bukan sahaja dari segi prasarana malah lebih utama lagi modal intelektual pelajar.

''Kita inginkan peratus ini (39 peratus) terus meningkat dari segi bilangan dan kualiti pelajar yang mendapat pendidikan tinggi.

''Demikian juga mana ada negara yang dapat buat dasar mengenakan kos pentadbiran universiti hanya lima peratus secara purata yang dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

''Oleh itu, marilah kita (pelajar) membina negara berasaskan konsep 1Malaysia di mana kita mencapai satu impian, satu bangsa dan satu negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Naib-naib Canselor dan pelajar dari 18 buah universiti di seluruh negara di Sri Satria di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam hubungan ini, Najib mengingatkan pelajar agar jangan semata-mata berada di menara gading kerana mengikuti pengajian tetapi yang lebih bermakna adalah membentuk karektor diri secara dalaman.

''Ini semua kerana kita mempunyai jiwa yang suci dan idealisme perjuangan untuk memajukan negara.

''Inilah tarbiah pendidikan yang paling bermakna khususnya kepada pelakunya (pelajar) untuk mengemudikan negara kelak.

''Dan dari segi kerajaan, kita akan terus membantu untuk meningkatkan pendidikan rendah, tinggi dan universiti," katanya.

Perdana Menteri turut menarik perhatian pelajar bahawa kejayaan rakyat tidak bermakna negara akan terus terjamin dalam menguruskan kejayaan tersebut.

''Terlalu banyak contoh negara yang berjaya tetapi kemudian hancur lebur kerana gagal menguruskan kejayaan.

''Marilah kita renung perkara ini supaya latihan jasmani kita dapat menyucikan jiwa dan seterusnya membentuk pemikiran yang cergas. Ini semua merupakan ramuan untuk menjamin kemerdekaan negara terus dipertahankan dan seterusnya kita akan menjadi saf hadapan negara membangun," katanya.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah masing-masing menyampaikan sumbangan berupa sejadah dan buku mengenai kepimpinan kepada 18 wakil pelajar universiti dan duit raya kepada 50 anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah, Kajang.

Berdasarkan sambutan kehadiran pelajar universiti ke majlis berbuka puasa itu, Perdana Menteri turut bersetuju supaya ia dijadikan acara tahunan setiap Ramadan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.