saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/09/2009

Banyak jasa kepada sistem perundangan

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar ke rahmatullah hari ini amat dirasai oleh pelbagai pihak khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perundangan.

Mereka menyifatkan pemergian beliau sebagai suatu kehilangan besar kepada negara berikutan sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Allahyarham telah banyak memberi sumbangan kepada sistem perundangan negara sepanjang perkhidmatannya.

"Malah, semasa saya berkhidmat sebagai majistret dahulu, beliau memang banyak berjasa dalam bidang perundangan.

"Oleh itu, kita memang benar-benar merasai kehilangannya, saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Khas Wanita UMNO di sini hari ini.

Abdul Hamid meninggal dunia akibat kegagalan ginjal di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang pagi ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, negara kehilangan tokoh yang tegas dalam memartabatkan dan mempertahankan kedudukan Islam dalam konteks perundangan.

Menurutnya, banyak kes menarik yang dikendalikan oleh Abdul Hamid dan penghakiman yang dibuat Allahyarham sering mendapat perhatian terutamanya yang berkaitan dengan kedudukan Islam.

"Walaupun ada isu kontroversi melibatkan Allahyarham Tun Abdul Hamid, hakikatnya beliau telah menulis tidak kurang daripada 184 penghakiman sepanjang kerjayanya sebagai hakim," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi sistem perundangan negara.

"Takziah untuk keluarga beliau dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat," ujar beliau.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, bekas Ketua Hakim Negara itu telah banyak berkorban untuk bangsa dan negara khususnya dalam bidang perundangan dan kehakiman.

Beliau turut mengakui pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara berikutan sumbangan besarkan dalam bidang tersebut.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarganya di atas pemergian beliau dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat," katanya.

Turut menghargai jasa Abdul Hamid ialah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan.

Abdul Hamid, berkelulusan Barrister-at-Law Lincoln's Inn, London dan Doktor Undang-undang, Oklahoma City University, Amerika Syarikat.

Sebelum dilantik Ketua Hakim Negara, Allahyarham berkhidmat sebagai Majistret dan Yang Dipertua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, Raub, Taiping dan Seremban.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang Negeri di Terengganu, Pulau Pinang dan Perak selain pernah dilantik sebagai Hakim Persekutuan Malaysia dan Hakim Besar Malaya pada 1984.

Beliau ketika memegang jawatan sebagai Hakim Besar Malaya telah menjadi Pengerusi Tribunal bagi membicarakan Tun Salleh Abas atas pertuduhan beberapa salah laku.

Tribunal tersebut akhirnya telah mensabitkan kesalahan Salleh Abas sehingga membawa pemecatannya sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.