saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 02/09/2009

Kurung kapas dan linen pilihan di pagi raya


baju kurung linen berbunga, sesuai dipakai melawat saudara.


Kain kapas dan linen sememangnya telah dikenali sebagai fabrik yang menyerap peluh dan tidak berbau serta sesuai dipakai dalam cuaca negara kita yang panas.

Selain itu, kelembutan dan ketahanan fabriknya juga tidak boleh ditandingi menyebabkan ia menjadi pilihan bukan sahaja sebagai pakaian kasual tetapi baju tradisional bagi kaum wanita dan lelaki.

Corak-corak menarik serta rekaan yang memikat sering menjadikannya pilihan bagi dipakai semasa di pejabat, majlis makan malam dan hari-hari perayaan.

Sempena bulan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi, koleksi Serikapas menawarkan pelbagai jenis baju kurung pesak Riau atau Pahang daripada kain kapas dan linen.

Menurut pemiliknya, Fadilah Abdul Hamid, mungkin tidak ramai menyukai memakai baju linen kerana fabrik ini mudah berkedut dan sukar dijaga. Tetapi itulah keunikannya.

"Linen terbahagi kepada banyak gred dan gred ini diukur daripada berat fabrik itu sendiri. Lagi ringan fabrik linen, lagi mahal harganya,'' katanya ketika ditemui di Bandar Sri Damansara baru-baru ini.

Sementara itu tambah Fadilah, kain kapas yang diperbuat daripada pokok kapas juga turut memberi tekstur yang indah sekiranya dibuat pakaian tradisional dan kasual.

''Ia memberi satu potongan yang indah dan anggun bagi si pemakai dan keselesaan yang tidak terkata terutama ketika menghadiri majlis atau berhari raya di rumah sanak saudara.

''Kebanyakan fabrik kapas dan linen yang digunakan untuk baju-baju kurung ini adalah daripada jenis kapas dan linen bermutu tinggi yang diimport dari Itali, Jepun dan Vietnam.


bertudung warna ceria dan berbaju polos merah jambu dan berkain jalur, menampakkan kegembiraan di pagi raya.


''Selain itu, baju kurung Srikapas mempunyai pelbagai saiz mengikut pilihan iaitu dari XS, S, M, L dan XL bagi dewasa manakala kanak-kanak mengikut usia. Coraknya ada yang berbunga-bunga, berjalur-jalur dan polos. Memang menarik dan pasti membuat seseorang teruja untuk memilikinya,'' jelasnya.

Adalah tidak lengkap pakaian wanita Muslimah sekiranya tidak bertudung. Sehubungan itu, Serikapas turut menawarkan pelbagai tudung pasang siap yang bergliter, berenda, berlining, bercorak, polos dan berpanel.

Sempena hari raya ini, Serikapas membuka gerai di e-Curve Centre Court, Mutiara Damansara dan One Utama, New Wing selain premis tetapnya di Season Square, Damansara Damai dan Shah Alam.

Serikapas mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh hubungi 019-3333058.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.