saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 02/09/2009

Wanita Filipina seludup dadah dengan rela - Polis


MUHAMMAD Sabtu Osman (dua dari kiri) mendengar penerangan dari pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Akma Kamaluddin, yang memegang sehelai baju yang telah dilarutkan dadah jenis heroin sambil diperhatikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Sept. - Hasil siasatan ke atas wanita Filipina yang ditahan di Hentian Puduraya pada Jumaat lepas bersama 23 helai baju yang mengandungi dadah kokain mendapati wanita itu tidak dianiayai tetapi menyeludup dadah tersebut dengan rela.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, wanita itu, yang tidak mempunyai rekod jenayah serta negatif dadah, pernah melawat Malaysia sebanyak dua kali dan mengakui dia dibayar upah sejumlah AS$3,000 (RM10,596) dipercayai oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Afrika.

"Suspek yang bekerja di China sebagai orang gaji, mengambil penerbangan dari Bangkok dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum ke Johannesburg (Afrika Selatan), kemudian ke Lima, Peru untuk mengambil bekalan dadah sebelum tinggal di Buenos Aires (Argentina) selama seminggu.

"Pada 26 Ogos, wanita berusia 45 tahun itu kemudiannya menaiki semula penerbangan dan transit di KLIA. Dua hari kemudian dia sepatutnya berlepas ke Bangkok dari KLIA tapi membatalkan niatnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, pada hari yang sama wanita itu kemudiannya membeli tiket bas untuk ke Hadyai, Thailand di Hentian Puduraya untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok tetapi tidak bernasib baik apabila ditahan polis pada pukul 8.50 malam hari tersebut.

Muhammad Sabtu berkata, anggaran kokain yang ditemui, yang telah dicairkan dan dikeringkan pada baju-baju di dalam bagasi wanita itu, adalah lebih kurang lima kilogram.

"Sindiket menggunakan taktik terbaru dengan mencairkan dadah dan keringkan pada baju. Mereka kemudiannya akan rendam baju berkenaan dalam air sebelum memasukkan air berkenaan dalam ketuhar dan mengikis dadah-dadah berkenaan yang telah kering di dalam ketuhar itu," katanya.

Beliau berkata, kejayaan melumpuhkan sindiket itu adalah hasil kerjasama polis Malaysia bersama polis Thailand, dan siasatan akan diteruskan bagi memburu dan mengenal pasti rangkaian sindiket lain yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di negara ini serta di peringkat antarabangsa.

Wanita itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lepas, dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bernama sebelum ini melaporkan pengedar dadah antarabangsa yang menggunakan wanita sebagai kurier dikesan menggunakan modus operandi baru bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Taktik itu dikesan apabila polis menahan seorang wanita Filipina yang dipercayai dijadikan 'keldai dadah' oleh pengedar dadah antarabangsa di ibu negara pada Jumaat lepas. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.