saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 02/09/2009

Neil Armstrong beri batu bulan palsu kepada Belanda


FOSIL kayu yang dikatakan batu bulan yang dikutip oleh ekspedisi Apollo 11.


Kurator dari Rijksmuseum Amsterdam yang menjalankan kajian ke atas seketul batu bulan bernilai RM1,759,560.65 dan telah berjaya menarik berpuluh ribu pelawat setiap tahun rupa-rupanya hanyalah fosil kayu.

Xanda van Gelder yang menjalankan kajian berkenaan berkata, bagaimanapun, pihak muzium akan terus menyimpan batu berkenaan sebagai rujukan.

"Ini satu kisah menarik dengan pelbagai soalan yang masih belum terjawab dan kita boleh ketawa," katanya.

Batu berkenaan diberikan kepada bekas pemimpin Belanda, Willem Drees semasa pengembaraan Apollo 11 oleh Neil Armstrong, Michael Collins dan Edwin "Buzz" Aldrin sempena misi bulan mereka 50 tahun lalu.

Mantan Duta Amerika Syarikat ke Belanda, J. William Middendorf telah menyampaikan batu berkenaan kepada Drees dan kemudian batu berkenaan didermakan kepada Rijksmuseum selepas kematiannya pada 1988.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah memberikan batu bulan kepada lebih 100 buah negara yang mereka lawati sekitar tahun 1969 dan 1970.

Kedutaan AS di The Hague sedang menjalankan penyiasatan mengenai perkara berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.