saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/09/2009

Ibu Johari Baharum meninggal dunia

03/09/2009 3:00pm

JITRA 3 Sept. - Ibu kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum, Che Som Ibrahim, 82, meninggal dunia di Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini pagi ini.

Cucu sulung Allahyarham, Mustafa Ahmad berkata, neneknya meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi akibat komplikasi sakit jantung.

Katanya, Che Som dimasukkan ke pusat perubatan pakar itu sejak dua minggu lepas dan keadaannya sebelum ini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.

“Nenek saya tenat pada pukul 5 pagi tadi dan kemudiannya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.30 pagi,” kata beliau kepada Bernama di sini.

Jenazah Che Som akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid di sini sebelum solat Asar.

Allahyarham yang aktif dalam Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kubang Pasu, meninggalkan lima orang anak iaitu Siti Fatimah, Zainudin, Che Hasnah, Mohd Johari dan Siti Aminah; manakala suamninya sudah meninggal dunia enam tahun lepas.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.