saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/09/2009

Isteri bakal PM Jepun seorang unik

TOKYO 3 Sept. - Bakal Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama sememangnya dikenali ramai kerana tutur bicaranya yang sopan, namun berlainan pula dengan isterinya.

Miyuki Hatoyama, bekas pelakon dan isteri kepada Hatoyama yang bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun pada 16 September ini pula, berjanji untuk menjadi wanita pertama Jepun yang unik.

Mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap spiritualisme, Miyuki memberitahu satu rancangan TV awal tahun ini bahawa beliau pernah bertemu pelakon Amerika Syarikat (ASS) Tom Cruise semasa kehidupan yang lepas.

Beliau juga mendakwa rohnya pernah mengembara ke Venus menaiki UFO.

"Impian saya yang saya percaya akan menjadi kenyataan adalah membuat filem di Hollywood," katanya dalam rancangan bual bicara TV pada Mei lalu.

"Pelakon utamanya pastilah Tom Cruise. Sebab apa? Kerana saya tahu dia merupakan warga Jepun pada kehidupan lampau.

"Saya bersamanya ketika itu. Dia pasti akan mengenali saya apabila saya menemuinya sambil berkata 'sudah lama kita tidak berjumpa', katanya walaupun menyedari penemu bual muda rancangan tersebut tidak menganggap kata-katanya itu sebagai serius.

Cruise pernah membintangi filem bertajuk The Last Samurai pada tahun 2003 yang penggambarannya diadakan di Jepun.

"Saya juga makan matahari," kata Miyuki dalam program itu sambil mendongak ke atas dengan mata tertutup, mengangkat tangannya ke atas seolah-olah beliau sedang mengoyak-ngoyakkan bayangan matahari.

"Ia seperti ini, hum, hum, hum. Ia memberikan saya tenaga yang sangat luar biasa.

"Suami saya juga mula melakukannya kebelakangan ini," kata Miyuki yang berusia 66 tahun yang dilahirkan di Shanghai.

Beliau bertemu suaminya di AS semasa Hatoyama mengambil ijazah doktor falsafah (PhD) di Stanford.

Parti Demokratik Jepun diketuai suaminya mencapai kemenangan besar pada pilihan raya baru-baru ini menumpaskan Parti Liberal Demokratik (LDP), yang telah mendominasi kerajaan lebih setengah abad. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.