saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/09/2009

Seelan Paul belajar berpuasa


para penyampai RADIO HOT FM dan FLY FM BERGAMBAR BERSAMA SEELAN PAUL (DEPAN, DUA DARI kIRI), DAN AHMAD IZHAM OMAR (BELAKANG, KIRI SEKALI).


INDAHNYA bulan Ramadan ialah, ia bukan sekadar mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam. Sebaliknya, apa yang turut menambahkan kemanisan hidup di bumi bertuah Malaysia ialah, masyarakat dari pelbagai agama lain turut berkongsi nikmat dan pengalaman bulan puasa.

Di kalangan penggiat seni tanah air, nama Seelan Paul bukanlah asing.

Sebagai Ketua Pegawai Operasi Hot FM, Seelan Paul mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan rakan-rakan beragama Islam.

Bahkan, ketika zaman kanak-kanak sehingga memasuki alam remaja dan dewasa, kehidupannya banyak dikelilingi oleh rakan-rakan yang beragama Islam.

Menyertai Hot FM, tugasnya juga memerlukan dia mendasari emosi dan kegemaran orang Melayu khususnya mengenai muzik.

Dek terpengaruh dengan budaya Melayu dan cara hidup orang Islam, ia mendorong Seelan untuk menjalani ibadah berpuasa.

Segalanya bermula setelah dia mendengar pengakuan oleh seorang pendengar Hot FM bukan Melayu yang menghubunginya ketika mengendalikan slot pagi, Hot FM Kru bersama Fara Fauzana menggantikan Faizal Ismail yang sedang bercuti.

Pada hari tugasan itu, Seelan tidak teragak-agak menyahut cabaran berpuasa selama sehari.

"Pada awalnya saya memang terkejut apabila pendengar yang menghubungi Hit FM memberitahu dia telah berpuasa untuk tahun yang keempat.

"Biarpun tidak berjaya berpuasa penuh, namun pendengar itu sanggup berpuasa setelah mendapat sokongan daripada keluarga angkatnya yang berketurunan Melayu," kata Seelan berkongsi cerita dengan wartawan pada majlis berbuka puasa anjuran stesen radio milik Media Prima Berhad, Hot FM dan Fly FM di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Seelan pengalaman berpuasa merupakan cabaran buatnya apatah lagi dia tidak sempat bersahur.

"Memang saya rasa cukup mencabar sekali terutama setelah menjelang waktu tengah hari. Rasa lapar dan dahaga yang sukar digambarkan," Seelan menyambung cerita mengenai pengalamannya berpuasa.

Sementara itu, majlis berbuka Media Prima Berhad baru-baru ini, kata Seelan, diadakan sebagai meneruskan tradisi tahunan syarikat berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran seramai 30 penghuni rumah Baitul Kasih, Sungai Buloh, Selangor.

Turut dihimpunkan pada majlis tersebut ialah penyampai kedua-dua stesen itu antaranya Fara Fauzana, Tini, Kieran, Ikhwan, Hafiz dan Hunny Madu.

Majlis tersebut merupakan kesinambungan daripada acara berbuka puasa stesen berkenaan dengan kerjasama 100Plus bersama enam pendengar bertuah yang dijalankan sejak awal Ramadan lalu yang meliputi empat lokasi di sekitar Utara, Lembah Klang dan juga Pantai Timur.

Selain mengeratkan hubungan antara peminat dengan penyampai Hot FM dan Fly FM, penganjuran majlis berbuka puasa itu adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.

Penghuni Baitul Kasih bukan sahaja terdiri daripada anak-anak yatim, tetapi juga ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya.

Untuk itu, Seelan berpendapat, penganjuran itu sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

"Ia secara tidak langsung mengingatkan kita betapa beruntungnya menjadi insan yang sempurna.

"Mereka juga adalah pendengar yang sentiasa memberi sokongan kepada kami dan majlis ini adalah salah satu daripada cara kami menghargai sokongan yang mereka berikan. Melalui majlis sebegini juga, kita cuba membantu setakat yang termampu," katanya.

Selain beberapa barangan keperluan, penghuni Baitul Kasih turut menerima sumbangan duit raya.

Pada masa yang sama, Seelan turut mengumumkan aktiviti lain yang turut dilakukan oleh Hot FM sepanjang bulan Ramadan termasuklah majlis berbuka puasa Iftar anjuran Court di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

Tidak ketinggalan ialah Hot FM Bazar Ramadan yang bakal diadakan pada 12 September ini di Kelantan dengan kerjasama Hotlink.

Selain penyampai Hot FM, barisan artis yang terlibat termasuklah Adam, Nubhan dan kumpulan Sofaz.

Hadir sama memberikan sokongan kepada acara berkenaan ialah, Ketua Rangkaian Radio MPB, Ahmad Izham Omar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.